TERNYATA di zaman serba canggih ini dengan menjadi popular di laman sosial boleh mendapat pendapatan mewah dan lumayan.
Disebabkan ‘godaan’ itu, seorang jurutera IT di syarikat perisian komputer terkemuka dunia, IBM nekad meletak jawatan dan meneruskan minatnya dalam bidang fotografi selepas laman Instagramnya semakin mendapat tumpuan ramai peminat yang menggemari skil fotografinya.
Eelco Roos yang berasal dari Belanda sudah 10 tahun berkhidmat dengan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.
Sekarang pendapatan yang diperoleh Roos adalah menerusi kempen online yang dilakukannya dengan agensi pelancongan dan jenama-jenama terkemuka yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai jurugambar bebas.
The magical “Dark Hedges”. You might recognize this from Game of Thrones, a lot of the show is filmed in #NorthernIreland #klmdestinations A photo posted by eelco roos (@croyable) on
Men fishing on Maligne Lake. The cruise up to Spirit Island was amazing, will share a photo later. #myjasper @travelalberta #klmdestinations #nx1 A photo posted by eelco roos (@croyable) on
Antara hasil bidikan Roos yang sangat cantik dan menakjubkan!
“Bekerja dalam bidang IT bukanlah merupakan impian saya. Fotografi sentiasa menjadi minat nombor satu saya, saya sukakan bidang kreatif,” katanya.
Disebabkan pengaruhnya dalam bidang tersebut, Roos kini berjaya mengumpul sebanyak 450,000 pengikut yang menggemari hasil kerjanya.
Siapa cakap tak boleh hidup mewah dengan bekerja secara freelance dan hanya menggunakan telefon pintar sebagai senjata kan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan! – MYNEWSHUB.CC
The phone as the future of photography: Eelco Roos at TEDxAUCollege