Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nak Rasa Lolipop Perisa...

LONDON – Gula-gula lolipop perisa susu badan kini jadi kenyataan apabila Lollyphile menghasilkan...

Kit Siang Umum DAP...

KUALA LUMPUR - DAP hari ini mengumumkan parti itu menawarkan kerjasama dengan mana-mana...

Beri Ruang Leong Timbang...

LANGKAWI - Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr. Leong Yong Kong yang mengumumkan...

Suspek Pijak Al-Quran Disuruh...

JOHOR BAHRU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas dua...

Bersedia Terima Padah Bila Lawan Bos

Sebelum membuat keputusan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan beliau selama setengah jam di Putrajaya semalam.

Muhyiddin asalnya tiba dengan penuh keyakinan dan senyuman meleret ke pejabat Najib sekitar 12.15 tengah hari.

Ketika itu, beliau mungkin beranggapan ia hanya pertemuan biasa.

Pastinya Muhyiddin terlupa hanya dua hari sebelum itu beliau telah menambah pening kepala bosnya dengan membuat kenyataan-kenyataan yang memanaskan kembali isu 1MDB.

Penahanan Xavier Justo di Thailand diikuti pengakuan dirinya bahawa ada kumpulan di Malaysia memang sengaja mengubah kandungan dokumen 1MDB dengan tujuan menjatuhkan kerajaan sebenarnya telah meredakan sedikit isu 1MDB.

Selepas beberapa bulan berperang untuk menjawab, isu itu mula kendur dengan pengakuan Xavier.

Namun, situasi itu tidak menyenangkan hati Muhyiddin.

Beliau mahu isu tersebut terus panas terutama menjelangnya mesyuarat bahagian UMNO tidak lama lagi.

Muhyiddin mahu akar umbi UMNO terus mempersoalkan 1MDB agar Najib menjadi lemah dan tersingkir.

Di matanya, 1MDB adalah peluang keemasan dan peluru terkuat untuk menjatuhkan bosnya.

Beliau cuba menzahirkan dirinya pejuang yang mahukan jawapan kononnya (walaupun sudah diberikan dan siasatan masih berlangsung).

Hakikatnya, tanyalah diri sendiri adakah Muhyiddin bercakap pasal 1MDB kerana rakyat? Negara? ….

Sejahil-jahil manusia faham Muhyiddin mahu menggunakan isu 1MDB sebagai peluang untuk beliau naik menjadi Perdana Menteri.

Semasa beliau mula-mula menjadi Timbalan Perdana Menteri pun, antara soalan yang paling kerap ditanya ramai ialah sampai bila Muhyiddin akan patuh kepada Najib kerana beliau terkenal sebagai seorang yang suka melawan bos.

Dalam masa beberapa tahun, jawapan kepada persoalan itu mula terzahir.

Bermula dengan mempersoalkan mengenai Akta Hasutan di Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, 1MDB menjadi bahan terbaru.

Ucapan Muhyiddin di Bentong dan UMNO Bahagian Cheras beberapa hari lalu hanyalah sebahagian daripada ‘kempen’ berterusannya untuk menyemai rasa benci pemimpin dan ahli UMNO terhadap Najib.

Kenyataan-kenyataan beliau kepada media pun agak bertentangan dengan sikap seorang anggota pentadbiran yang sepatutnya mempertahankan kerajaan yang diwakilinya.

Muhyiddin ingat beliau berhadapan pemimpin seperti mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yang dijatuhkan melalui kenyataan-kenyataan tajam kepada media kot.


Dasarnya… apa yang penulis mahu sampaikan di sini ialah… Muhyiddin tidak bercakap mengenai 1MDB demi rakyat, tetapi sebagai peluang untuk melemahkan Najib agar beliau dapat naik pangkat jadi Perdana Menteri.

Pada usia menghampir 70 tahun, impian Muhyiddin untuk mencapai puncak tertinggi politik Malaysia masih belum berakhir.

Cuma Muhyiddin mungkin terlupa… anda tidak boleh menggunakan helah yang sama berulang-kali.

Sekali mungkin boleh terlepas tapi bukan berkali-kali.

Najib bukan Pak Lah…

Semalam, pemimpin Johor itu tersentak apabila dimaklumkan beliau akan digugurkan dari Kabinet.

Nak cakap apa kan… itulah padah yang kau harus terima bila melawan bos.

Di mana-mana organisasi pun… kalau anda ada bos…kalau tak suka sila berhenti… kalau memilih untuk tunjuk hebat…melawan… kena jenis bos yang tidak boleh diduga… maka ucaplah selamat tinggal kepada karier anda.

Anda rasa bos anda bersalah…zalim ke… pergi bincang elok-elok dengan dia dan cari jalan penyelesaian bersama… bukan mencanang isu merata tempat dengan harapan bos anda jatuh tergolek dan anda boleh isi ruang yang ada.

Itu sikap opportunist yang sangat hina…

Jadi bila bos anda bertindak balik… jangan menangis bawah kelambu… kerana ada padah yang harus ditanggung bila kita merasa diri kita hebat dan cuba melawan bos kita.

Bukan anda tidak boleh melawan tetapi yang hendak disampaikan di sini ialah bersedia untuk menerima kesannya dan jangan merajuk atau marah selepas itu.

Jangan beranggapan anda boleh pergi merata membawa agenda peribadi tanpa bos anda tahu lama-kelamaan.

Adakalanya kita perasan diri kita aset dan hebat sedangkan bos kita tak pandang macam itu pun.

Dan seperkara lagi…kalu sempat..tanyalah Tun Dr Mahathir apakah kelebihan menjadi bos dalam konteks hubungan beliau dengan Tun Musa Hitam sebagai contoh… – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Satu Hala

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori