Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Tetap Bentang RUU...

MARANG - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap akan membentangkan Rang Undang-undang...

KPWKM Sambut Baik Cadangan...

ALOR GAJAH - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik cadangan...

“Nafkah Pun Tak Bagi,...

SUSULAN pendedahan masalah rumah tangga Nurul Hidayu yang mendakwa suaminya curang dengan seorang...

Pembaharuan Pentadbiran Awam Antara...

KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) menumpukan kepada beberapa teras utama dalam pelan...

Boko Haram Mengaku Serangan Di Chad, Nigeria: SITE

WASHINGTON – Kumpulan Boko Haram mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di ibu negara Chad, N’Djamena dan bandar di Maiduguri, Nigeria, pada Sabtu.

Mengikut SITE Intelligence Group, sebuah badan pemantauan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), pengakuan itu dibuat menerusi Twtter dengan jenama baharu kumpulan itu, ‘Negara Islam, Wilayah Afrika Barat’, seiring dengan ikrar sekutu kumpulan itu dengan IS pada Mac lalu.

Menerusi kiriman di Twitter itu, Boko Haram mendakwa mereka menyerang kumpulan kafir di Afrika Barat.

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam serangan bom bunuh diri di sebuah pasar di N’Djamena, semalam.

Kumpulan itu juga mengaku bertanggungjawab dalam serangan bunuh diri pada 15 Jun lalu, yang menyebabkan 38 terkorban. Sementara dalam serangan di Maiduguri semalam, dua terbunuh dan dua cedera apabila pengebom bunuh diri gagal menghampiri terminal sebuah stesen bas yang sesak. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori