Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Pusat Pengundian Awal PRK...

ROMPIN - Proses pengundian awal bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin hari...

FAMA N.Sembilan Sasar Buka...

SEREMBAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutusan (FAMA) Negeri Sembilan menyasarkan untuk membuka enam...

‘Pocket Park’ Laman Lucky...

KUALA LUMPUR - 'Pocket Park' Laman Lucky Garden bakal menjadi tarikan terbaru di...

Jenazah Bapa MB Perak...

PANGKOR - Jenazah Abdul Kadir Muhammad, bapa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr...

Bomba Komuniti Bantu Cegah Kebakaran Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70 pasukan Bomba Komuniti telah diwujudkan di ibu negara bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam mengawal kes kebakaran.

Pengarahnya Khiruddin Drahman berkata objektif utama penubuhan pasukan tersebut adalah untuk membantu bomba menentang musuh utama mereka iaitu api, sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di sesuatu tempat kejadian.

“Setakat ini sebanyak 70 Bomba Komuniti ditubuhkan yang merangkumi 70 kawasan perumahan seperti kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan flat-flat milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di Jalan Maharajalela di sini, baru-baru ini.

Khiruddin berkata pasukan ini juga bertindak sebagai ejen bomba dalam meningkatkan kesedaran terhadap kes kebakaran melalui pengedaran risalah dan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat.

“Pasukan ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran kerana mereka ini lebih rapat dan kerap berdamping dengan masyarakat,” katanya.

Khiruddin berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat membekalkan Bomba Komuniti ini dengan peralatan mengawal kebakaran seperti “wet riser” dan “hose reel” dan diberi latihan khusus menggunakan peralatan itu dengan betul.


“Bermula dari tahun lepas, sebanyak lima kes kebakaran telah ditangani oleh Bomba Komuniti. Alhamdulillah, kesemua kes terbabit berjaya mereka tangani sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian,” katanya.

Katanya bantuan yang diberikan Bomba Komuniti yang mempunyai 10 hingga 20 anggota di setiap kawasan turut memendekkan jangka masa anggota bomba bertindak memadam kebakaran.

“Ini kerana Bomba Komuniti ini sangat arif tentang selok belok bangunan yang mereka diami. Selain itu, mereka juga membantu dalam memberi akses kepada bomba seperti mengalihkan kenderaan milik penduduk untuk memudahkan bomba meletakkan jentera setibanya di tempat kejadian,” katanya.

Bomba Komuniti yang dilancarkan pada 2014 merupakan inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam meningkatkan tahap kesedaran kes kebakaran dalam kalangan masyarakat di samping memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk turut sama memadam kebakaran dan memupuk semangat kekitaan dan perpaduan antara masyarakat dan bomba. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori