Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Azhar Akui Ditipu, Tak...

PENUNTUT Malaysia, Azhar Ali, 20, yang tular di media sosial semalam susulan hantaran...

Tak Timbul Isu, PAC...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan pembentangan dan tatacara...

Kebencian Pada Islam Adalah...

PENYANYI Adam Lambert mengkritik sesetengah individu di negara Barat yang terlampau ekstrem membenci...

Jangan Pandang Remeh Pengorbanan...

JAKARTA - Rakyat Malaysia perlu mempamerkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan...

Bot Karam: Operasi Cari Mangsa Terakhir Bermula 9 Pagi

TANJONG KARANG – Operasi mencari dan menyelamat mangsa terakhir dalam kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini Khamis lepas, bermula 9 pagi ini.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata gerakan mencari mangsa itu, yang dikenal pasti sebagai G. Shankar, sedang giat dijalankan dengan bantuan pasukan penyelamat lain.

Bot itu, yang dinaiki 14 orang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot, berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada 3 petang bagi melakukan upacara membuang abu mayat.

Bot itu dikatakan bocor dan kesemua mangsa saling menimba air sebelum ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang kira-kira dua jam kemudian.

Enam mayat ditemui setakat ini dikenal pasti sebagai A. Parianathan, 30, yang berasal dari Taman Aman Sekinchan, Selangor, A. Muniamah, 49; K. Logaraj, 29; M. Gnaswdree, 59; G. Jaya Sangari, 27 dan M. Kunasegaran, 57, kesemuanya berasal dari Sungai Buloh, Kuala Selangor.


Tujuh lagi yang terselamat ialah P. Alumalai, M.Sugamaran, V. Nagaswari, N. Sanmugan, C. Sabtayan, C. Sundraja dan S. Partiven.

Mereka diselamatkan oleh nelayan tempatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori