Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ayda Jebat Nafi Caras...

PELAKON Ayda Jebat menepis dakwaan yang mengatakan dirinya menjadi punca kepada perpisahan pasangan...

Militan: Pasukan Keselamatan Bertukar...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bertukar-tukar maklumat risikan dengan Polis...

Wanita Mabuk Rempuh 4...

TAWAU - Seorang wanita hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau bagi pertuduhan...

41 Keluarga Terlibat Letupan...

GURUN (Kedah) - Sebanyak 41 daripada 45 keluarga yang terlibat dalam kejadian letupan...

‘Budak Baik’ Diseksa Hingga Mati Di Rumah Kosong

Sydney – Seorang remaja lelaki dijadikan tawanan dan didera secara seksual serta dipukul hingga mati sebelum mayatnya yang separuh bogel dan berlumuran darah ditemui mati di dalam rumah kosong dua bulan lalu.

Polis berkata, Mahmoud Hrouk, 16, dibunuh penyerang yang tidak dapat dipastikan jumlahnya selepas dijadikan tawanan di rumah berkenaan hampir dua bulan lalu.

Detektif Sarjan Christian Olivares berkata kematian itu tidak dikaitkan dengan perbuatan gangster atau jenayah terancang, malah polis terkejut remaja yang terkenal baik hati dan disenangi dibunuh dengan begitu kejam.

“Dia budak baik yang menyayangi keluarganya dan rajin. Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini dan amat bersimpati dengan keluarga mangsa,” katanya.

Mahmoud hilang selepas menaiki basikal ke McDonald’s berhampiran rumahnya pada 16 Mei lalu. Kali terakhir dia dilihat hidup ketika makan bersama rakannya di situ pada petang 16 Mei lalu.


Anggota keluarga menemui mayatnya yang berlumuran darah dan separuh bogel di dalam rumah berkenaan selepas ibunya menerima panggilan telefon yang menimbulkan syak.

Sementara itu, seorang lagi penyiasat berkata motif kejadian masih tidak dapat dikenal pasti. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=x9LaFGXIPsI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori