Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiket Licin 24 Jam,...

KUALA LUMPUR : Tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota disapu licin dalam...

Pelancong China Sakan Tayang...

SIAPA yang tidak suka jika melancong dengan duit berkepuk-kepuk di tangan? Sudah tentu pelbagai...

Kelab Palestin Chile Lawan...

RAMALLAH - Ibarat meraikan persamaan jati diri menerusi sukan, itulah yang dilakukan oleh...

Tiga Lelaki Terlibat Skim...

TAIPING - Tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan...

Bunuh Enam Sekeluarga Konon Dituduh Amal Sihir

NEW DELHI – Polis menahan sembilan orang di timur India kerana membelasah hingga mati enam orang dari satu keluarga yang dituduh mengamalkan sihir serta menjadi punca kanak-kanak di kampung itu sakit.

Menurut polis, pasangan suami isteri dan anak mereka sedang tidur dalam rumah lumpur di Bhubaneswar, daerah Keonjhar, negeri Orissa apabila perusuh bersenjatakan kapak dan menyerang mereka awal pagi Isnin lalu.

Dua kanak-kanak keluarga tersebut bagaimanapun terselamat dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Ketua Polis Orissa, Sanjeev Marik, berkata dua daripada sembilan orang yang ditahan itu adalah saudara-mara mangsa yang menuduh pasangan suami isteri itu menjadi punca kekerapan penyakit dalam kalangan bayi di kampung itu.

“Ia perbuatan kejam akibat tidak memahami kepercayaan orang lain.” katanya.


Marik berkata sembilan orang didakwa atas tuduhan membunuh serta kesalahan lain.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dipukul hingga mati dan mayatnya dibakar perusuh minggu lalu, juga kerana didakwa mengamalkan sihir di daerah itu dan polis menahan 10 orang. – Thomson Reuters Foundation/myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori