Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lima Lelaki Didakwa Culik,...

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Fiji Isytihar Cuti Menang...

SUVA - Tanggal 12 Ogos merupakan hari bersejarah bagi Fiji, sebuah negara kecil...

Doktor Cabul Ditamatkan Perkhidmatan

KUALA LUMPUR – Seorang doktor pakar yang juga merupakan ketua jabatan sebuah hospital...

Akta Haramkan Rokok, Vape...

PUTRAJAYA - Akta untuk mengharamkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok...

Tetak Leher Rakan Kerana Tidak Tahan Diejek

PEKANBARU – Akibat tidak tahan diejek, seorang buruh menetak leher rakannya hingga mati dalam satu kejadian di sebuah asrama pekerja di sini semalam.

Jurucakap polis, M Bahari Abdi berkata, kejadian berlaku pada jam 4 pagi (waktu tempatan) apabila suspek, Najaludin, 50, menetak belakang leher rakannya, Agustian Hutasohit, 24, yang sedang tidur.

Katanya, selepas membunuh mangsa suspek terus melarikan diri.

“Mayat mangsa yang berlumuran darah dijumpai seorang pekerja pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan) sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa jam melarikan diri polis mengesan Najaludin bersembunyi di sebuah rumah rakannya di sini.

“Suspek cuba melarikan diri ketika kediaman berkenaan diserbu menyebabkan polis terpaksa menembak di bahagian kakinya.


“Lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” jelasnya.

Menurutnya, ketika soal siasat, suspek mengaku membunuh Agustian kerana tidak tahan sering diejek dengan kata-kata kesat oleh mangsa.

“Suspek mengaku motif pembunuhan kerana sakit hati akibat sering diejek mangsa,” katanya. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=xGjNxte9f7s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori