Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anwar Ibrahim Antara 13...

PUTRAJAYA – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Port...

Pemuda PAS Sokong Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong langkah Kementerian Pendidikan untuk...

Pemain Skuasy Azlan Iskandar...

BEKAS pemain skuasy kebangsaan, Mohd. Azlan Iskandar menimang cahaya mata kedua selepas isterinya,...

Lelaki Tampan Sanggup Jaga...

SEORANG aktor telah melakukan sesuatu yang sepatutnya dipuji apabila sanggup menjemput dan menjaga jirannya...

Buruh Muda Maut Dihempap Timbunan Kayu Getah

SEMENYIH – Buruh berusia 25 tahun maut selepas dihempap timbunan kayu getah yang jatuh dari lori di kilometer 28, Jalan Kuala Lumpur-Seremban, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai P Ravi maut di tempat kejadian akibat parah di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, kemalangan berlaku akibat pemandu lori yang datang dari arah Kajang hilang kawalan lalu melanggar pembahagi tengah jalan sebelum merempuh belakang motosikal mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, timbunan kayu getah itu jatuh menimpa mangsa dan empat lagi kenderaan lain.

“Pihak kami menahan pemandu lori ini dan kenderaannya juga dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.


lori besar 2

lori besar 4

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (Metro Online)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori