BEKAS atlet Olimpik, Caitlyn Jenner yang kini menjalani kehidupan sebagai wanita selepas melakukan transformasi mendedahkan, dia tidak suka dengan suara lelakinya yang masih sama seperti dahulu.
Bapa kepada bintang sensasi Hollywood, Kim Kardashian itu memberitahu sumber demikian selepas dia mendengar ucapannya ketika anugerah ESPY 2015 baru-baru ini.
Caitlyn Jenner yang sebelum ini dikenali sebagai Bruce Jenner dikatakan tidak berpuas hati dengan suaranya yang tidak kena dengan penampilan femininnya itu.
“Ia agak sukar bagi saya untuk melihat diri sendiri. Sementara saya rasa sangat anggun dengan gaun yang menawan, saya masih ada isu dengan suara.
“Ia tidak kena dengan penampilan feminin saya dan menganggu. Namun saya harap orang ramai tidak dengar pada suara sebaliknya fokus dengan apa yang ingin saya sampaikan, itu yang penting,” katanya.
Caitlyn telah menyampaikan ucapan yang menyentuh perasaan penonton ketika menerima anugerah, dia juga mendapat sokongan daripada kesemua anak-anaknya yang turut hadir menyaksikan penghormatan itu. – MYNEWSHUB.CC
Ucapan penuh Caitlyn Jenner ketika menerima anugerah ESPY 2015 baru-baru ini
https://www.youtube.com/watch?v=112W8q8XXKw