Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adakah Ini Punca Kes...

Kebelakangan ini heboh di laman sosial perihal gambar beberapa kereta yang mempunyai nombor...

Erin Malek Kesal Gambar...

TAK semua orang begitu terbuka dalam berkongsi segala perkara begitu juga bagi golongan...

Rauf Dilaporkan Bertanding Di...

Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dijangka membuat penampilan sulung sebagai calon pilihan...

Kesian Bayi Patah Tangan

BAYI lelaki berusia tiga bulan patah tangan kanan dipercayai didera ketika dalam jagaan...

Makin Ramai Artis Ngaku Kaum LGBT, Termasuk Cara Delevingne

cara

SEJAK pengumuman perkahwinan sejenis ‘dihalalkan’ di kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat, nampak gayanya ramai bintang terkenal di Hollywood menyambut baik serta gembira dengan keputusan itu.

Kononnya hak sama rata untuk semua masyarakat kini telah ditegakkan, ramai artis di sana tampil mendedahkan identiti sebenar mereka.

Apa yang membuat kaum lelaki berasa berat hati untuk terima hakikat adalah, pelakon serta model jelita Cara Delevingne, 22, turut mendedahkan bahawa dia sebenarnya biseksual.

Cara turut mendedahkan bahawa dia kini sedang berpacaran dengan seorang pemuzik wanita St Vincent, Anne Erin Clarke, 32, yang dikatakan memberi kesan positif dalam dirinya.

2A3EC45600000578-3149899-image-m-55_1436147476345

Agak menyedihkan kerana dia berpacaran dengan seorang wanita namun Cara menyatakan setiap orang memiliki hak untuk menjadi sesiapa sahaja yang mereka suka.

“Saya rasa semua orang ada hak untuk menjadi sesiapa yang mereka suka, jadi saya sangat gembira dengan diri sendiri.


“Ianya sangat hebat kerana golongan seperti kami semakin diterima umum,” katanya.

2A3E82EC00000578-3149899-_I_ve_been_pretty_open_about_myself_from_the_beginning_Cara_Dele-m-12_1436143193131

Pelakon Paper Towns yang bakal ditayangkan tidak lama lagi ini juga dengan beraninya memberi nasihat kepada Perdana Menteri Australia mengenai perkahwinan sejenis.

“Tony Abbot, lebih baik awak dengar apa yang dinyatakan oleh masyarakat dunia dan teruskannya,” tambah Cara.

Sebelum ini pelakon yang memiliki aset mata menawan ini pernah dikaitkan dengan bintang Fast and Furious, Michelle Rodriguez. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Oleh: Syfq Akhir

Trailer filem terbaru Cara Delevingne, Paper Towns

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori