Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Bakal Kalah...

KUALA LUMPUR - PAS menganggap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan...

14.9 Juta Pengundi Tentukan...

KUALA LUMPUR - Selepas 11 hari mengharungi kempen sengit, nasib semua parti bertanding...

Pemilik Rumah Mengamuk Sebab...

AKIBAT gagal mengawal emosi, seorang pemilik rumah ditahan polis selepas tiba-tiba mengamuk dengan...

Malaysia Terima Kunjungan 1.8...

BANGKOK – Kira-kira 1.8 juta pelancong dari Thailand melawat Malaysia tahun lepas, meningkat...

Cara The Edge Korek Dari Justo Sah Salah

BAGI mereka yang pernah menontoh filem ‘pecah panggung’ The Paper ditayangkan di seluruh dunia pada 1994 lalu, kisah wartawan ‘kerdil’ mendapatkan berita eksklusif dengan cara bermoral memang sukar malah mustahil.

Namun, filem Hollywood terbitan Universal Pictures itu mendedahkan banyak cerita tersirat, sebenarnya ada cara tersendiri memperoleh berita scoop tanpa perlu risau saingan sengit daripada pelbagai syarikat akhbar gergasi.

Hasilnya, masih lagi berpegang teguh kepada etika kewartawanan tinggi, The Paper membongkar bagaimana akhbar kecil mampu ‘mengalahkan’ akhbar besar waima dengan sumber terhad dan tidak pun aibkan sesiapa!

Itu kisah fiksyen namun realitinya, ada sesetengah syarikat akhbar sanggup menggadaikan maruah termasuk cara kotor berbaur rasuah semata-mata untuk berlagak hero konon berjaya dapat berita yang berimpak mega besar.

Baru-baru ini dunia kewartawan tanah air gempar apabila dua bos besar Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat dipanggil pihak berkuasa susulan isu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua-dua mereka dipercayai memperoleh dokumen daripada bekas staf syarikat antarabangsa, PetroSaudi International Ltd., Andre Xavier Justo yang kemudian ditahan polis Thailand kerana kes jenayah peras ugut.

Kebetulan dokumen konon rahsia itu digunakan pelbagai portal propembangkang bagi memburukkan kepimpinan negara kita sebelum dibongkar sebagai rekaan oleh bekas pembantu editor Sarawak Report, Lester Melanyi.

Anehnya, selepas disoal siasat mereka berdua itu tetap mengatakan bahawa tindakan mendapatkan maklumat daripada Justo dibuat atas nama kepentingan negara walaupun ia hakikatnya jelas menyalahi undang-undang.

Sudahlah mendapatkan data yang dicuri daripada Justo, mereka berdua itu berdalih cara ‘curi’ bahan bukti tersebut dari segi moral konon adalah betul memandangkan impak lebih besar daripada jenayah salah laku.

Kooi Ong dan Kay Tat juga berhujah bahawa disebabkan mereka tidak terlibat membayar Justo satu sen pun, oleh itu taktik berbelit yang diguna pakai untuk mendapatkan data bagi mendedahkan jenayah orang lain adalah wajar.

Kononnya mereka tidak melakukan sebarang salah laku dan tindakan itu lebih bersifat sebagai pemberi maklumat atau paling popular disebut whistler blower yang kebetulan dilindungi di bawah undang-undang negara kita.

Benarkah dakwaan itu? Realitinya ia tidak lebih sekadar helah muslihat yang cuba diputar belit atau sering disebut dalam kalangan penganalisis politik tanah air sebagai spin kerana banyak sebab yang cuba disorok mereka berdua.

Pertama: Kooi Ong dan Kay Tat tahu bahawa maklumat ini diperoleh secara haram oleh Justo bahkan ia adalah satu kesalahan jenayah untuk menandatangani kontrak bersetuju membayar AS$2 juta bagi maklumat tersebut.

Kedua: Mereka menandatangani perjanjian palsu konon untuk bayaran AS$2 juta kepada Justo bagi pembelian maklumat haram ini dengan berpura-pura bahawa ia adalah satu kontrak IT dan ini adalah jenayah penipuan.

Ketiga: Selepas itu, mereka ada banyak lagi perbincangan dengan Justo dan pengendali Sarawak Report, Clare Brown bagaimana untuk membayar dana palsu ini kepada Justo menerusi kaedah pengesanan aliran tunai.

Ia sekali lagi melakukan jenayah iaitu mengajar orang lain bagaimana untuk melakukan penggubahan wang secara haram, dan tahu bahawa apa yang mereka lakukan pada pembelian maklumat haram itu sendiri adalah salah.


Keempat: Di bawah Akta Pemberi Maklumat, info yang perlu diperoleh dengan cara yang sah untuk tertakluk di bawah terma perlindungan akta itu sebenarnya tidak boleh langsung didedahkan kepada mana-mana pihak media.

Perkara ini telah diulas panjang lebar oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan dan kebetulan bekas peguam sebelum aktif dalam arena politik pembangkang.

‎Kelima: Bukan sahaja pembelian maklumat ini menyalahi undang-undang, mereka menipu mengenai perihal kontrak yang ditandatangani dan diburukkan lagi oleh pelbagai perbincangan untuk penggubahan wang haram.

Keenam: Bukan segera membuat laporan polis dan memberi maklumat ini kepada pihak berkuasa, mereka sebaliknya menyimpan maklumat itu, sekali gus ada ruang pelbagai perbincangan antara Clare dan The Edge.

Dipercayai ketika itu dua pihak ini berbincang mengenai apa yang perlu diterbitkan dan apa yang tidak boleh disiarkan dalam usaha memanipulasi maklumat untuk berkomplot menggulingkan sebuah kerajaan demokrasi.

Ini bermakna mereka boleh dianggap yang menjadi pengkhianat dan melakukan kesalahan jenayah. Jelas sekali dua individu itu tidak berniat untuk ‘kepentingan negara’ tetapi untuk agenda peribadi masing-masing.

Namun, paling dahsyat, dalam proses tersebut, tindakan mereka berdua sebenarnya menjejaskan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, sekali gus boleh menggugat kedudukan ekonomi dan keharmonian negara.

Sebenarnya, tanpa disedari ketika Kooi Ong dan Kay Tat memberi pelbagai dalih susulan laporan akhbar The Straits Times Singapura pada Jumaat yang membongkar Justo ditipu mereka, banyak cerita sebenar terdedah.

Dua inividu ini sengaja memperoleh dan mengendalikan maklumat yang dicuri kemudian sengaja mengelirukan pencuri untuk mencuri data yang dicuri daripadanya – dua kesalahan serentak yang memang tidak betul.

Mereka juga sengaja mengaku menggunakan maklumat dicuri untuk menyiarkan cerita sensasi bagi tujuan mendapatkan faedah ekonomi terutama meningkatkan jualan akhbar terbitan kumpulan syarikat itu.

Bayangkanlah kedua-duanya mengaku tidak segera menyerahkan maklumat dicuri itu kepada pihak berkuasa Malaysia, tetapi sebaliknya ia digunakan bagi kepentingan mereka sendiri yang cukup diragui apa motifnya.

Lucunya, mereka ada berkata telah menyerahkan semua cakera padat dengan 400,000 e-mel kepada pihak berkuasa dan itupun selepas Clare kemudian dilaporkan mengaku ada berjuta-juta e-mel diperoleh daripada Justo.

Logiknya, susulan pengakuan Clare, secara tidak langsung membuktikan bahawa mereka berdua sebenarnya sudah mengganggu baki jutaan e-mel dan meninggalkan e-mel tertentu yang boleh memberi maklumat kebenaran.

Pendek kata senang cakap, Kooi Ong dan Kay Tat hakikatnya menggunakan data yang dicuri dalam konspirasi dengan Clare serta pelbagai pihak untuk mengelirukan Justo kononnya ada habuan diberi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori