KES kecuaian ibu bapa tidak terkecuali berlaku ke atas selebriti popular Barat apabila baru-baru ini penyanyi Carrie Underwood turut berhadapan dengan insiden mencemaskan.
Penyanyi berusia 32 tahun itu terpaksa memecahkan cermin tingkap keretanya gara-gara anjing peliharaannya secara tidak sengaja tertekan punat kunci sehingga menyebabkan bayinya, Isaiah Michael Fisher berusia empat bulan terkunci dalam kenderaan.
Demi memastikan keselamatan bayinya, Carrie tidak berfikir panjang terus memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan Isaiah.
Kejadian itu dilaporkan sendiri Carrie menerusi laman mikro Twitternya dengan menulis, “When your dogs manage to lock themselves, all your stuff and the baby ini the car and you have to break a window to get in” (bila anjing anda tertekan butang kunci dan anak anda berada dalam kereta, apa pilihan yang anda ada selain pecahkan cermin kereta untuk selamatkannya). – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Y8q62wKKjzE
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ