Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Florida Bakal Dilanda Mega...

PESISIR pantai Florida kini dibadai taufan Dorian.Taufan dengan kelajuan angin 175 kilometer sejam...

VIDEO: Ngeri ! Bangkai...

SEBUAH video yang menunjukkan bangkai seekor tikus yang telah ditarik keluar daripada pusat...

Perjanjian Dagang Rangsangan Utama...

KUALA LUMPUR – Perjanjian perdagangan telah memberi manfaat kepada negara pada tahap yang...

Individu Positif, Dalam Kuarantin...

KUALA LUMPUR: Individu yang positif COVID-19 atau perlu menjalani kuarantin di rumah atau...

Cerita Gajah Serang Kereta Di Jeli Pada Hari Raya Adalah PALSU!

HEBOH jadinya laman sosial semalam apabila pengguna lebuh raya Jeli ke Grik, Kelantan diminta berhati-hati berikutan tersebarnya dakwaan konon terdapat sekumpulan gajah liar mengamuk hingga mengakibatkan sebuah kereta remuk teruk.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan menerusi satu kenyataan hari ini menyangkal cerita tersebut dan mendakwa ianya adalah berita palsu semata-mata.

11737857_10154396525394572_4721940921148210709_n 84373237_027699719-1-600x360

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, kejadian kemalangan jalan raya itu sebenarnya berlaku ketika hari raya kedua minggu lalu.

“Kemalangan itu berpunca daripada jalan licin akibat hujan turun di kawasan berkenaan dan bukan seperti berita palsu yang tersebar di media sosial.

“Mengenai gambar sekumpulan gajah itu pula, kita masih menunggu maklum balas dari Jabatan Perhilitan negeri,” ujarnya.


Dalam pada itu, orang ramai diminta berhenti dalam menyebarkan berita palsu yang tidak mendapat sebarang kesahihan daripada pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Facebook Korporat Ibupejabat Bomba Putrajaya

https://www.youtube.com/watch?v=YmXRcX29zh4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori