Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banjir: RM360j Kos Baik...

CHUKAI - Kementerian Pengangkutan menganggarkan kos sebanyak RM360 juta untuk membaik pulih perkhidmatan...

TNB Nafi Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini menafikan satu posting yang...

Bonus Penjawat Awam, Jumlah...

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan memberikan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam sempena...

Mahfuz Contoh ‘Troll’ Makan...

Zaman ini zaman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan segala-galanya. Majoriti rakyat Malaysia...

Cerita Tersirat Ugut Mahu Sarawak Keluar Malaysia

TIADA hujan tiada ribut tiba-tiba kecoh konon jutaan rakyat Sarawak keluar membanjiri pusat bandar raya Kuching dalam perhimpunan raksasa dikenali sebagai 722 Sarawak Freedom and Independence Day Walk. 

Malangnya penganjur acara itu,  Sarawak Dayak Iban Association (Sadia) dan Sarawak for Sarawak (S4S) Team nampaknya terpaksa menanggung malu bukan kepalang apabila perhimpunan tersebut gagal dapat sambutan.

Mungkin niat asal itu sendiri tidak ikhlas dan hanya mahu bangkit sentimen marah rakyat kepada kerajaan BN, dianggarkan hanya 1,000 orang menyertai acara mega tersebut meskipun promosi dibuat bagai nak kiamat dunia!

Kepada yang tidak tahu hujung pangkal cerita ini, himpunan tersebut kononnya bagi meraikan kejayaan Sarawak dan negeri jirannya, Sabah sudah pun mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British pada 22 Julai 1963.

Penganjur menerusi pelbagai laman web antikerajaan seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia cuba mengubah sejarah dengan mendakwa dua negeri itu telah merdeka awal sebelum dipaksa menyertai Persekutuan Malaysia.

Baca: Himpunan Puak Pemisah Sarawak Merdeka Gagal

Apakah motif peserta perhimpunan 722 mengibarkan bendera lama Sarawak yang jelas memaparkan lambang salib? – Gambar hiasan

Jika rajin membaca laman web mereka, 100% artikel disiarkan cuba membangkitkan sentimen provokasi rakyat kedua-dua negeri itu agar ‘bebaskan’ diri daripada kononnya dijajah zalim oleh kerajaan Pusat di Putrajaya.

Ironi, seperti cuba menutup sejarah sebenar, mereka langsung tidak menyebut kisah tersirat bagaimana idea mewujudkan Malaysia ditimbulkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 1961.

Asal pembentukan persekutuan bagi menghalang kemaraan pengaruh komunisme di rantau Asia tenggara sekali gus membantu pemimpin politik di Sabah dan Sarawak yang lemah dalam mengekang fahaman ekstremisme itu.

Lucunya perkara ini tidak diceritakan sebaliknya mereka mendakwa kononnya Sultan Brunei ketika itu, Sultan Omar Ali Saifuddin III turut menentang pelan pewujudan Malaysia walhal baginda sebenarnya telah bersetuju.

Sultan Brunei kemudian terpaksa menarik diri susulan pengaruh Parti Rakyat Brunei yang agak prokomunis dan bimbang situasi yang lebih buruk lantas memilih kekal di bawah naungan British sehingga merdeka pada 1984.

Untuk rekod, ketegangan politik di Brunei turut menyaksikan baginda turun takhta pada 1967 dan digantikan dengan anakanda sulung, Sultan Hassanal Bolkiah sebagai pemerintah ke-29 yang kekal sehingga ke hari ini.

Kerajaan Brunei Darussalam melaksanakan pemerintahan Melayu Islam Beraja dan tidak beri kerakyatan kepada bukan Islam. – Gambar hiasan

Agaknya seronok pusing fakta, kumpulan pemisah ini terlupa, kaum bukan Melayu tidak diiktiraf warganegara Brunei malah langsung tiada apa-apa hak waima lahir di situ di bawah sistem feudal ideologi Melayu Islam Beraja.

Secara kebetulan jika dilihat pada peserta perhimpunan 722 itu, hampir 100% adalah bukan Melayu yang generasi pertama diberi hak kerakyatan secara automatik apabila Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian peta Malaysia.

Mereka bangga kibar bendera lama Sarawak (1963-1973) jelas tertera lambang salib dan pernah diguna ketika zaman penjajahan dinasti Rajah Brooke menawan banyak wilayah kerajaan Islam Brunei antara 1870 hingga 1946.

Adakah mereka ini tidak tahu bersyukur? Laman web mereka juga langsung tidak menyebut perihal Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk bagi mendapatkan maklum balas penduduk tempatan sebelum Malaysia diwujudkan.


Ini ekoran kerajaan Indonesia dan Filipina ‘marah’ pembentukan Malaysia kononnya dua negeri itu milik negara terbabit dari segi sejarah, justeru penilaian pihak bebas adalah perlu sebelum dimuktamadkan di peringkat global.

Sesuatu yang cuba disorok oleh kumpulan pemisah ini, asalnya tarikh pembentukan Malaysia memang ditetapkan 31 Ogos 1963 tetapi terpaksa ditunda kepada 16 September susulan kelewatan pengesahan laporan suruhajaya itu.

Pembentukan Malaysia sepatutnya 31 Ogos 1963 sebelum dianjak 16 September susulan kelewatan pengesahan Suruhanjaya Cobbold. – Gambar hiasan

Hakikatnya Malaysia boleh sahaja diisytiharkan pada 31 Ogos untuk diselaraskan dengan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 tetapi kerana akur dengan keputusan suruhanjaya, ia perlu dianjak lewat dua minggu.

Begitulah hormatnya kerajaan Malaysia kepada konvensyen antarabangsa demi memastikan kewujudan negara ini diperakui sah oleh seluruh masyarakat dunia selain mengekang penularan ideologi komunisme di rantau ASEAN.

Bukan itu sahaja, buat julung kali tahun ini sambutan kemerdekaan negara kita tidak lagi dirujuk ikut bilangan ulang tahun tetapi cukup disebut tahun semasa bagi elak kekeliruan dua tarikh berbeza yang menjadi polemik.

Ia mengambil contoh di Amerika Syarikat, tarikh kemerdekaan diseragamkan hanya 4 Julai merujuk kepada pembentukan 13 negeri perintis sebelum negara itu berkembang menjadi persekutuan mengandungi 50 negeri.

Hakikatnya, ramai penganalisis politik tanah air melihat isu remeh perhimpunan 722 itu sekadar agenda tersirat pembangkang mahu memecah belahkan kesatuan negara ini dengan niat membawa keluar Sabah dan Sarawak.

Sabah dan Sarawak antara penyumbang terbesar kerusi BN di Parlimen yang sentiasa setia menyokong Putrajaya. – Gambar hiasan

Dengan memisahkan dua negeri terbesar itu, sekali gus bakal melemahkan BN di Parlimen kerana kekuatan kerajaan Pusat banyak disumbangkan hasil 47 kerusi daripada Sabah (22 kerusi) dan Sarawak (25 kerusi).

Bayangkan jika dua negeri itu tiada, kedudukan BN di Dewan Rakyat agak goyah dengan hanya ada 86 kerusi berbanding sekarang 133 kerusi; manakala pembangkang daripada 89 kerusi bakal hanya tinggal 80 kerusi.

Justeru tidak hairanlah pembangkang sejak sekian lama cuba meniup sentimen kenegerian tebal di Sabah dan Sarawak kononnya rakyat negeri tersebut selama ini ditindas kejam oleh Putrajaya serta wajar merdeka penuh.

Mereka sebenarnya bimbang dengan aura Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling kerap ‘turun padang’ di dua negeri itu dalam sejarah serta membawa bersama banyak projek untuk kepentingan rakyat.

Dakyah jahat mereka khabarnya sudah mula berjaya mempengaruhi ramai anak muda yang ‘buta sejarah’ serta agresif menghasut rakyat Sabah dan Sarawak kononnya kerajaan Pusat ‘menipu’ fakta pembentukan Malaysia.

Begitulah hebatnya fitnah pembangkang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa walaupun tergamak hancurkan negara sendiri tanpa rakyat sedar mereka diperbodohkan agenda kumpulan pemisah tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori