GABENOR Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti dikhabarkan oleh sesetengah pihak.
Memetik laporan China Press, seorang jurucakap BNM yang tidak dinamakan telah menafikan khabar angin tersebut.
Jelasnya, Zeti bekerja di pejabat seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wad seperti didakwa.
“Tidak, Zeti tidak mengalami serangan jantung. Beliau dalam keadaan baik,” ujarnya.
Tambahnya lagi,  Zeti tidak hadir ke pejabat pada pagi Isnin namun memulakan tugas di pejabat pada sebelah petang.
Selain itu, Zeti dikatakan menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman BNM baru-baru ini sekaligus menafikan dakwaan dirinya mengalami masalah kesihatan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Malaysia Gazzette