SEWAKTU pulang berhari raya di kampung, penggunaan peranti ketika di meja makan adalah ‘diharamkan’ di rumah ibu bapa kami.
Setiap kali pulang, peranti harus diletakkan di ruang tamu dan kesemua ahli keluarga harus makan bersama tanpa mengadap skrin peranti.
Ini bagi menggalakkan perbualan sesama keluarga serta menjauhkan perangai anti sosial.
Sesuai dengan tujuan ini, IKEA telah menghasilkan alas meja dengan poket menyimpan peranti pintar.
Menurut IKEA, mereka menyedari semakin ramai orang menggunakan peranti ketika di meja makan.
Dengan adanya poket khas ini peranti boleh disimpan dengan selamat, bersih dan pada waktu sama skrin terlindung bagi mengelakkan gangguan ketika makan.
Alas meja ini adalah sebahagian daripada koleksi rekaan terkini IKEA untuk 2016.
Apa yang dilakukan IKEA ini memang menarik kerana pada waktu sama mereka juga baru sahaja memperkenalkan perabot dengan pengecas tanpa wayar terbina.
Walaupun rekaannya mungkin dilihat agak ‘cincai’, ini sebenarnya kerana gaya pembawakan mereka yang unik dalam menghasilkan perabot dan juga hiasan rumah yang direka khas untuk manusia moden. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Ikea
Oleh: hzq