Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Astaga.. Pelajar Selamba Hantar...

SUDAH jadi lumrah buat mereka yang memilih kerjaya guru untuk berhadapan dengan pelajar yang...

4,261 PATI Ditahan Dalam...

KUCHING – Jabatan Imigresen Sarawak berjaya menahan 4,261 orang pendatang asing tanpa izin...

Ajal 3 Motosikal ‘Terbang’...

Melaka : Seorang maut manakala dua cedera sejurus tiga motosikal ditunggangi mereka terbabas...

20 Pelajar Keracunan Lepas...

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di...

Dasar Wasatiyyah Disebar Luas Di Semua Kementerian

BESUT – Langkah strategik sedang dilakukan dalam menyiapkan satu dasar wasatiyyah sebelum disebarluaskan ke setiap kementerian untuk diguna pakai dalam sistem pentadbiran negara, kata Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia Tan Sri Dr Abdullah Md Zin.

Katanya draf berkaitan dasar berkenaan yang telah mendapat kelulusan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia itu sedang diperincikan oleh jawatankuasa induk yang dipengerusikan perdana menteri dengan dianggotai ketua-ketua jabatan sebelum dikemukakan kepada kabinet tidak lama lagi.

Abdullah, yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, berkata dasar wasatiyyah akan dijadikan sebagai dasar negara berdasarkan konsepnya yang bukan sahaja mengutamakan kesederhanaan malah menitikberatkan kepada konsep seimbang, adil dan cemerlang di semua peringkat pentadbiran dan amalan seharian.

“Langkah untuk menyebarluaskan dasar wasatiyyah ke kementerian bagi membolehkan ia dijadikan panduan kepada semua pihak daripada peringkat pemimpin hinggalah kepada pekerja bawahan serta para pemimpin NGO termasuk politik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Alur Lintang di sini hari ini.

Abdullah berkata penekanan ke arah dasar wasatiyyah ini menjelaskan bahawa Malaysia menentang keras perbuatan ekstremisme, terrorisme dan militan daripada dibiarkan berkembang di negara ini.


Sementara itu, beliau berkata seminar peringkat antarabangsa bertemakan ‘Generasi Muda Malaysia – Cabaran dan Harapan’ akan diadakan pada 18 dan 19 Ogos ini di Institut Penilaian Negara di Putrajaya.

Dalam seminar yang bakal dihadiri 200 pemimpin muda dari dalam dan luar negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Wasatiyyah Sebagai Manhaj Generasi Muda’.

Kira-kira 1,000 jemputan dijangka hadir semasa pembentangan kertas kerja oleh perdana menteri. Majlis penutupan seminar pula akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori