HAMPIR 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak putus berdoa agar beliau diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
Melalui program Romantika Raya siaran Astro Ria, Siti, 36, dan suami, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau Datuk K mengakui mereka masih berharap agar dikurniakan zuriat sendiri satu hari nanti.
“Kami sentiasa berdoa semoga kebahagiaan yang dikecapi ini akan kekal ke Jannah. Siti nak jadi bidadari kepada dia buat selama-lamanya. Semoga suatu hari saya akan dikurniakan cahaya mata sendiri biarpun sudah memiliki anak daripada perkahwinan suami yang terdahulu.
“Andai tiada rezeki untuk saya melahirkan anak sendiri pun, saya reda. Malah, saya dan suami ada cakap-cakap apabila tua nanti kami nak tinggal di Tanah Suci Mekah. InsyaAllah,” kata Siti memetik program popular berkenaan.
Siti mempunyai empat anak tiri lelaki yang merupakan anak Datuk K menerusi perkahwinan terdahulu.
Dalam program itu, Siti dan Datuk K memilih negara Turki sebagai destinasi bulan madu mereka.
Buat yang terlepas menonton rancangan terbabit, usah gusar pasti banyak siaran ulangan nanti.
Memang sweet habis lah Siti dan Datuk K dalam program tu!
Semoga kebahagiaan pasangan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC
NAZAM LEBARAN – SITI NURHALIZA
https://www.youtube.com/watch?v=S4xAj_3lRRA