Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Adik Muhammad Naufal, Terus...

SEDANG kita kalau demam beberapa hari pun sudah tidak berdaya, inikan pula tujuh...

Awasi Anak Musim Tengkujuh,...

PEKAN - Rakyat di negeri ini terutama yang tinggal berhampiran kawasan sungai, kolam...

Sederet Kedai 30 Pintu,...

KINABATANGAN - Sederet kedai 30 pintu dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di...

Perak Sah Dapat Khidmat...

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sah mendapatkan khidmat bekas pertahanan import...

DBKL Sita Barangan Milik 132 Penjaja Haram Bazar Ramadan

KUALA LUMPUR – Barangan milik 132 penjaja yang tidak berlesen telah disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar bazar Ramadan Jalan Masjid India dalam operasi sebulan sejak 8 Jun lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Osman Ismail berkata daripada 132 penjaja yang diambil tindakan itu, sebanyak 59 penjaja merupakan warga asing.

Selain menyita barangan penjaja yang tidak berlesen, DBKL juga mengeluarkan lebih 150 notis kompaun kesalahan kepada penjaja di bazar itu serta membatalkan lapan lesen penjaja ekoran menjual tapak kepada warga asing untuk berniaga, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media yang menyatakan DBKL tidak menjalankan tugas membanteras peniaga tidak berlesen di bazar Ramadan Jalan Masjid India.

Osman berkata DBKL menempatkan lebih 400 anggota penguatkuasa yang bertugas tiga syif dalam tempoh 24 jam setiap hari.


“Petugas akan membuat pemantauan dan mengambil tindakan ke atas penjaja tanpa lesen, menyebabkan halangan, penjaja warga asing serta penjaja yang menyalahi syarat lesen. Pemantauan termasuk kawalan orang ramai dan lalu lintas jalan,” katanya.

Menyentuh dakwaan Gabungan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan yang menyatakan pendapatan mereka terjejas berikutan DBKL gagal mengawal penjaja haram yang berleluasa, Osman berkata beliau belum menerima sebarang aduan daripada persatuan.

Persatuan itu turut menuntut pulangan separuh daripada harga tapak di Jalan Masjid India iaitu antara RM5,000 dan RM18,500 kerana kegagalan DBKL mengawal penjaja haram. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori