Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video Bongkar Puteri Diana...

WALAUPUN sudah hampir 20 tahun meninggal dunia, nama Puteri Diana masih terus kekal...

Lofattah Akui Hubungan Cinta...

JIKA sebelum ini Neelofa dan Fattah Amin berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya...

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan...

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat...

8 GAMBAR : Bilik...

Gara-gara pertengkaran sesama pelajar, sebuah kelas di SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dibakar...

Dera: Ibu Bapa Kanak-Kanak Dikenakan Reman

ALOR GAJAH – Ibu dan bapa kanak-kanak berumur setahun 10 bulan yang meninggal dunia selepas dipercayai didera Isnin lepas, dikenakan tahanan reman tujuh hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Alor Gajah DSP Razali Sabar berkata ibu dan bapa kanak-kanak itu yang masing-masing suri rumah dan pekerja am sebuah pasaraya di sini, ditahan bagi membantu siasatan.

Mangsa Evan Chee Xin Ci dipercayai meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala akibat terkena objek tumpul dan keras di rumahnya di Taman Indah, Pulau Sebang di sini.

Razali berkata hasil bedah siasat mendapati dua kesan keretakan sepanjang 12 sentimeter dan lapan sentimeter di tempurung belakang kepala mangsa.

“Terdapat kesan lebam baharu di dahi, lengan serta hidung mangsa. Siasatan lanjut turut menemui kesan lebam lama di kedua-dua tangan dan kaki kiri kanak-kanak itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Terdahulu mangsa ditemui ibunya yang berusia 26 tahun dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah mereka ketika keluar dari bilik mandi kira-kira 5.30 petang, pada Isnin lepas.

Razali berkata ibu dan ayah mangsa yang berusia 36 tahun kemudian membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu ke Hospital Tampin bagi mendapatkan rawatan setelah mendapati mangsa tidak bergerak.

“Hasil pemeriksaan hospital itu mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat semalam,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori