Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Diiring Bodyguard ‘Pinjam’, Nadia...

BAHARU beberapa tahun berkecimpung dalam industri hiburan, pastinya membuatkan ramai terkejut apabila pelakon...

330 Pelajar Terima Bantuan...

ALOR SETAR - Seramai 330 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan barangan...

Taufik Batisah Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat pelantun lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah yang telah selamat...

Manchester United Alami Kekalahan...

MANCHESTER United mengalami kekalahan pertama pada Liga Perdana musim ini selepas tewas 2-1...

Dipenjara Kerana Conteng Tembok Mahkamah

Bangkok – Seorang bekas pelajar universiti dihukum penjara satu tahun semalam kerana didapati bersalah menconteng tembok Mahkamah Jenayah di sini dengan simbol anarki.

Natthapol Khemngern, 22, ditahan selepas rakaman kamera keselamatan menunjukkan dia menconteng tembok itu dengan cat hitam pada 24 Mei lalu.

Pemuda berkenaan ditahan sehari selepas itu oleh sepasukan anggota polis di daerah Pak Kret.

Natthapol kemudian didakwa mengikut undang-undang kod jenayah dan kebersihan kerana menconteng bangunan kerajaan.


Mahkamah Jenayah pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Natthapol selepas dia didapati bersalah.

Bagaimanapun, hukumannya dikurangkan kepada satu tahun selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori