Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

CEO Rapid Rail Minta...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) meminta maaf berikutan brek...

Nora Danish, Nedim Nazri...

BARU-baru ini memang ada desas-desus menyatakan pelakon jelita, Nora Danish bakal mendirikan rumah...

Dipaksa Makan Lobak Hingga...

SEPASANG suami isteri dari Utah, telah didakwa menganiaya anak angkat mereka dengan mengurungnya...

UNSC Gesa Dunia Pertingkat...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa dunia supaya...

Diskaun 20% Untuk Kenderaan Guna Jambatan Sultan Abdul Halim

GEORGE TOWN – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), pemegang konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menawarkan diskaun tol 20 peratus untuk semua kelas kenderaan bermula tengah malam 17 Julai hingga pukul 11.59 malam 18 Julai.

Pengarah Urusan JKSB Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata diskaun itu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Sama seperti tahun lepas, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memberi balik kepada masyarakat dan menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan terutama kepada para pengguna yang menggunakan jambatan ini sejak dibuka pada Mac 2014,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata secara purata 12,500 kenderaan menggunakan jambatan berkenaan setiap hari dan bilangannya bertambah pada hujung minggu, cuti sekolah atau semasa musim perayaan.

“JKSB juga menjangkakan pertambahan sekurang-kurangnya 20 peratus trafik harian selepas lebuh raya bertingkat Bayan Lepas Expressway disiapkan oleh JKR pada suku pertama 2016, menyediakan laluan terus ke Bayan Baru berhampiran Queensbay Mall dan menuju terus ke George Town,” tambah beliau.


Sementara itu, berhubung JSAHMS Merdeka Hunt 2015, Ismail berkata JKSB menjelaskan pendaftaran untuk menyertai acara itu masih dibuka kepada semua peminat aktiviti mencari harta karun seluruh Malaysia.

Beliau berkata, acara bermotor itu dianjurkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015.

“Acara ini membolehkan orang ramai menyertainya dan selain menikmati laluan perjalanan yang menarik, para peserta boleh meneroka pembangunan yang dibawa oleh pembinaan jambatan ini dan mereka juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori