Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kecoh Trump Letak Jawatan,...

RIBUAN naskhah akhbar palsu The Washington Post yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald...

Wanita Guna Besi Panas...

Dalam usaha mengubati leukaemia yang dialaminya, seorang wanita yang sedang sakit tenat mendakwa...

Parlimen Perlu Dijadikan Sebagai...

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya institusi Parlimen dijadikan sebagai sebuah...

VIDEO : Lelaki Kejam...

Pada permulaan video ini, dilihat si pelaku seperti seorang yang begitu penyayang pada...

Doa Siti Nurhaliza Untuk Rakyat Malaysia Bersifat Umum

BARU-baru ini penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza ada menitipkan satu doa menerusi akaun Instagramnya yang memohon kesejahteraan untuk rakyat Malaysia daripada dizalimi pemimpin yang memberi kesusahan buat mereka.

Namun, seperti kita sedia maklum media pembangkang sudah mula memutar belit doa Siti itu dengan mengaitkan doanya itu ada kaitan dengan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang hangat diperkatakan kini.

Rasanya doa Siti itu bersifat umum memandangkan beliau pun kini sedang mengerjakan ibadah umrah bersama suami tercinta, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Lagipun, suaminya sendiri pun mencipta kekayaan melalui kerajaan yang ada hari ini pun. Takkan punca tempat suaminya itu membuat duit hendak dikatakan zalim dan sebagainya.

Mungkin juga Siti ada berdoa untuk perkara lain seperti kemampuan untuk dirinya memberikan zuriat kepada suami tetapi yang itu tidak pulak diketengahkan.

siti

Malah menerusi keterangan daripada gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan Siti tidak menghentam mana-mana pihak sebaliknya hanya berdoa secara umum untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Ya Allah, Kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta,” tulis penyanyi berusia 35 tahun itu.

Jika kita melihat kembali skandal 1MDB yang didakwa berkait dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kalau tuduhan itu benar kenapa Najib berani mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terhadap beliau.


Fitnah WSJ: Najib Mulakan Proses Undang-Undang Bersihkan Nama

Ini menunjukkan PM betul-betul berusaha keras untuk menepis serangan bersifat sabotaj politik yang mahu mencemarkan nama baik beliau.

Beliau yang kelihatan tenang juga mengambil pendirian berani kerana benar dalam menghadapi serangan bertali arus pihak luar yang begitu jelas mahu melihat negara kucar-kacir.

Najib menerusi firma guamannya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kini sedang meneliti fakta kes sebelum meneruskan tindakan selanjutnya terhadap pihak yang menulis, mengedar serta mencetak artikel yang dikeluarkan akhbar antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ).

Akhbar tersebut menerbitkan artikel yang mendakwa dana dari syarikat pelaburan Malaysia itu telah dimasukkan ke akaun peribadi PM.

Sehubungan itu, sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Sehingga laporan siasatan dikeluarkan, adalah lebih baik sekiranya kita tidak mencetuskan sebarang spekulasi agar ianya tidak menganggu sebarang proses siasatan yang sedang berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JASMIN

1MDB – DANA KE AKAUN NAJIB : PANDANGAN PEMIMPIN MENGENAI ISU INI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori