Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Olimpik: Chong Wei Tak...

RIO DE JANEIRO - Datuk Lee Chong Wei, yang menjadi sandaran pingat emas...

Tunku Mahkota Ismail Kongsi...

KUALA LUMPUR : Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail turut bergembira...

PH Anggap Bubar DUN...

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri...

Hujan Lebat Landa Tanah...

MAKKAH - Hujan lebat lebih 30 minit yang melanda Tanah Suci Makkah petang...

Doktor 71 Tahun Raba Payudara Pesakit, Kekal Dipenjara

SEORANG doktor berusia 71 tahun dari Singapura kekal dihukum penjara atas kesalahan mencabul pesakitnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan rayuannya, semalam.

Tertuduh, Dr Winston Lee Siew Boon bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 10 bulan.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Chan Seng Onn mendapati keterangan mangsa konsisten dan wanita itu tiada motif untuk menipu.

Berdasarkan laporan, wanita tersebut mendakwa Siew Boon mencabul dengan meraba payudaranya dalam dua kejadian berasingan ketika mendapat rawatan kerana sakit perut dan dada pada 2011.

Mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis selepas merujuk tindakan Siew Boon dengan seorang doktor wanita.

Dalam pada itu, Seng Onn menyifatkan Siew Boon sebagai individu yang sangat licik kerana menggunakan profesion sebagai doktor untuk mencabul mangsa.

“Kamu mencabul kehormatan pesakit sebanyak dua kali ketika menjalankan tugas profesional dan mulia ini.


“Kamu jelas menyalahi kepercayaan yang diletakkan oleh pesakit terhadap kamu sebagai doktor,” katanya.

Mahkamah membenarkan hukuman penjara terhadap Siew Boon ditangguhkan sehingga 17 Ogos ini.

Ini berikutan, Siew Boon memohon penangguhan dengan alasan mahu memindahkan pesakitnya kepada doktor lain dan menguruskan kewangan untuk isterinya serta membuat pemeriksaan kesihatan. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=60CkYpbKVLE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori