Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SPRM Serah Kertas Siasatan...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan kertas siasatan kepada...

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi...

ANKARA - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai "penerimaan" wilayah...

Mohon Maaf Ubah Suai...

AKUI SILAP... Tindakan seorang jurutera mengubah suai poster Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh...

9 Makanan Untuk ‘Tegang’...

ADA sembilan makanan yang dikenal pasti mampu memberikan ketegangan yang diperlukan oleh lelaki...

Doktor Hanya Dibayar £2.61 Sejam Kerja Lebih Masa

LONDON – Hanya £2.61 atau RM15.48 sejam. Itu bayaran yang dibayar kepada doktor untuk kerja lebih masa pada waktu malam atau hujung minggu oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain.

Ia didedahkan oleh seorang perunding telinga, hidung dan tekak (ENT) di hospital East Surrey dan Queen Victoria, Dr. Karan Kapoor yang turut memuat naik slip gaji dirinya di dalam Facebook beliau.

Karan mendedahkan beliau cuma dibayar sebanyak £313.54 atau RM1,861 sebulan untuk kerja lebih masa.

karan kapoor paylip ringed.jpg

Beliau berbuat demikian kerana bengang dengan kenyataan daripada Menteri Kesihatan Britain, Jeremy Hunt yang mendakwa doktor NHS hanya kerja ikut budaya Isnin hingga Jumaat, menyebabkan banyak kes tertangguh.

Hunt kemudian menuntut agar doktor di bawah hospital kerajaan seluruh Britain turut bekerja pada hari minggu.


Karan memberitahu, dalam sebulan, beliau melakukan kerja lebih masa kira-kira 120 jam dan ini tidak termasuk kerja hariannya setiap minggu.

“Ia menunjukkan kami terpaksa bekerja lebih masa dengan tambahan sehari dalam seminggu dan satu hujung minggu dalam sebulan antara pukul 5 petang pada Jumaat hingga 8 pagi pada Isnin.

“Namun kami tidak mogok, kami tidak jadikan negara sebagai ‘tebusan’, kami tidak pernah berkompromi dalam aspek penjagaan pesakit hanya semata-mata ingin pulang ke rumah kira-kira dua jam lebih awal.

“Sebaliknya kami ke atas dan bawah, memahami maksud sebenar profesionalisme agar ia menjadi teladan kepada mana-mana perkhidmatan kesihatan di dunia,’’ kata Karan.

Tulisannya dalam Facebook itu telah dikongsi lebih 18,000 kali. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori