Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bas RapidKL Terbakar, 30...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 30 penumpang Rapid KL nyaris maut apabila bas yang...

Tengkorak Manusia Berusia 400,000...

LISBON - Pasukan arkeologi antarabangsa menemui fosil manusia purba tertua berusia hampir 400,000...

Donald Trump Pecat Pemangku...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump, semalam, memecat Pemangku Peguam Negara sejak pentadbiran bekas...

“Ainul Sudah Pandai Gosok...

LONDON - Bayi bertuah, Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin semakin cergas dan sudah pandai...

#DontJudgeChallenge Bukti Manusia Perasan Cantik?

LUMRAH sesuatu perkara yang mengalih perhatian masyarakat di laman sosial pasti akan jadi sensasi internet.

Pelbagai isu viral tidak kiralah di dalam atau di luar negara, pasti akan jadi ikutan orang ramai yang mahu turut serta ambil bahagian.

Antara aktiviti yang viral adalah Ice Bucket Challenge, dubsmash serta yang terbaharu dan kian mendapat perhatian umum adalah Don’t Judge Challenge!

Don’t Judge Challenge memaparkan transformasi wajah ‘hodoh’ kepada wajah kacak dan cantik oleh individu yang ambil bahagian.

UzM2g2LeKimq6XQ2w6g3hqJxQofJzWM9NtO7ubKecjEZHlOTpZ1cP530pZ8LbG01-don-t-judge-challenge-720x415-s-

Menggunakan hashtag #DontJudgeChallenge di laman sosial, ia mendapat perhatian umum namun ada segelintir yang menyatakan aktiviti tersebut sebenarnya mendedahkan ramai manusia tergolong kategori narcissist atau perasan cantik dan kacak.. betul ke?

Ada juga yang membidas aktiviti viral itu sebagai memperlekeh golongan yang tidak kacak dan cantik serta mengurangkan lagi keyakinan dalam diri mereka untuk berhadapan dengan umum.

Menggunakan mekap yang dijadikan bintik-bintik di muka, kening tebal, gigi rongak dan rambut serabai kebanyakannya dilihat sangat palsu sehingga menonjolkan sisi badut dalam diri mereka.


Persoalannya, adakah ia benar-benar menuju motif sebenar aktiviti ini  iaitu bagi menggesa orang ramai tidak menilai orang lain sesuka hati sebelum mengenal hati budi mereka?

https://www.youtube.com/watch?v=m4xaFq2TBrE

Atau pun ia sudah terpesong dari tujuan asal dan menjadi trend untuk berlawan antara satu sama lain dengan menampilkan kekacakan serta kecantikan masing-masing dan mengharapkan pujian orang ramai?

Itu semua terpulang pada penilaian individu itu sendiri, mungkin ada yang menyatakan tidak perlu ambil serius untuk perkara seperti ini, ia hanyalah gurauan dan hiburan semata-mata.

Ya, memang ia hanya gurauan dan hiburan semata-mata tapi pernahkan kita selami perasaan orang yang memiliki bintik sebenar di muka mereka, gigi yang rongak, kening tebal dan sebagainya; yang dijadikan bahan dalam aktiviti viral ini?

Bukan untuk membidas individu yang mengambil bahagian dan tidak salah untuk berbuat demikian namun harus diingat segala perbuatan ada batasannya, jangan sampai ada terguris perasaan kerana populariti yang dicari. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=2VDLPiEdp74

Oleh: Syfq Akhir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori