Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ford Capai Jualan Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Ford Motor Company (Ford) mencapai jualan tertinggi bagi keseluruhan modelnya...

Perlembagaan Benar Usul Tamat...

KUALA LUMPUR - Usul dicadangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan...

Mahfuz Hadiri Sambutan Hari...

BANGKOK – Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 Kedutaan Malaysia di Thailand meriah dengan kehadiran...

Fattah Amin Nafi Tinggalkan...

RAMAI yang tertanya-tanya mengenai punca perpisahan antara pasangan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim...

Dua Bekas KPN Gesa Siasat Isu Jatuhkan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Dua bekas Ketua Polis Negara menggesa polis menyiasat mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman dan keselamatan negara untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Polis Negara kelima Tan Sri Abdul Rahim Mohd Nor berkata polis harus membuka kertas siasatan dengan segera kerana menjadi tanggungjawab mereka menangani cubaan pihak yang terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan secara tidak sah dan membelakangkan undang-undang negara.

“Cara yang sah untuk menukar kerajaan adalah mengikut undang-undang menerusi pilihanraya dan usaha selain daripada itu dikira salah daripada segi undang-undang dan Perlembagaan negara,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketua Polis Negara keempat Tun Mohammed Hanif Omar pula berkata tidak salah bagi parti pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan tetapi ia mesti mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara.

Mohammed Hanif dan Abdul Rahim berkata demikian sebagai mengulas laporan yang mendakwa ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak setuju dengan cadangan menubuhkan pasukan siasatan khas kerana khuatir ia akan menimbulkan suasana panik di kalangan orang ramai.


“Apa yang penting adalah memulakan siasatan dan saya percaya polis sedang berbuat demikian,” katanya.

Mohammed Hanif pula berkata sebarang cubaan menjatuhkan kerajaan tanpa mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara adalah satu kesalahan besar dan bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara demokrasi berparlimen.

“Dalam hal ini tugas polis sebagai badan penguatkuasa undang-undang adalah menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada tindakan yang dilakukan pihak terbabit melanggar lunas undang-undang dan Perlembagaan negara,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori