Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Elvina Bergelar Datin Dalam...

TUAH rezeki masing-masing... Pendatang baharu dunia hiburan, Elvina Mohamad kini bergelar isteri kepada...

Kem. Sumber Asli &...

CAMERON HIGHLANDS - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kini mensasarkan penanaman sebanyak...

Keseronokan 4 Pelajar Kutip...

DUNGUN - Keseronokan empat pelajar tingkatan lima menghabiskan cuti persekolahan dengan mencari kerang...

Kerajaan Sasar Capai 80%...

SERDANG — Malaysia menyasar untuk mencapai 80 peratus tahap sara diri beras menjelang...

Dua Sepupu Maut Dalam Kemalangan

KUALA LUMPUR – Dua orang sepupu maut setelah kereta yang mereka naiki terbabas di Jalan Syed Putra menghala ke Mid Valley awal pagi ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Mohd Zulkarnain Nasir, 19, dan Nazrul Tanang, 39, yang dalam perjalanan pulang ke Klang, meninggal dunia setelah kereta yang dipandu Mohd Zulkarnian hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok sebelum terbalik.

“Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di tempat duduk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.45 pagi, dan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah serta Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikerah ke lokasi kejadian. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=t81S_-dw3jc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori