Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Selepas Jauhi Saudi, Malaysia...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertemu dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani semasa...

Sultan Johor Paling Relevan

KHABAR angin yang berlegar sejak 2 Januari 2019 bahawa Sultan Muhammad V bakal...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama ke Pantai Timur...

PKP Fasa Tiga Berjaya...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang berakhir hari ini...

Durian Percuma Esok, Siapa Cepat Dia Dapat!

BUAT penggemar-penggemar durian di kawasan utara tanah air, jangan lepaskan peluang esok di mana anda boleh mengambil durian atau menjamu selera secara percuma di Festival Durian Percuma.

Festival yang pertama kali diadakan itu dijayakan oleh seorang pemilik kebun durian, Lee Shiong Lian,53, untuk berkongsi dengan pelanggannya sambil membantu mempromosikan negeri Kedah.

“Saya mempunyai 200 batang pokok durian, juga buah-buahan lain termasuk rambutan serta manggis.

“Jenis durian di kebun saya ialah Musang King, Ang Heh (Udang Merah), Tangkai Panjang, D2,D24,D99,D604 dan macam-macam lagi,” jelas Shiong Lian kepada portal MStar.

Shiong Lian memberitahu dia akan menyediakan 1,000 biji durian bermula 11 pagi hingga 4 petang di Rest City Restaurant, berdekatan dengan Putra Medical Centre, Jalan Sekerat.

“Siapa cepat, dia dapat. Sempena bulan Ramadan, orang Muslim boleh membawa pulang manakala bukan Muslim boleh makan terus di sini,” katanya.


Selain itu, beliau juga menjual durian semasa festival tersebut di mana harganya hanya sekitar RM5 hingga RM20 per kilogram.

“Musang King dijual pada harga RM20 per kg, Ang Heh RM10, D2 (RM10) dan lain-lain RM5 – RM6 per kg.

“Saya tidak ada apa-apa agenda yang menguntungkan. Cuma saya gembira berkongsi durian saya dengan orang ramai dan kawan-kawan,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori