CHINA – Geli…. itu pasti perkataan pertama sesiapa jua yang melihat gambar ini.
Ia adalah mata milik seorang wanita, Zhang dari Shandong yang dijangkiti kutu. Pada mulanya Zhang tidak menyedari mengenainya hinggalah matanya berasa gatal.
Zhang menyangka matanya mengalami jangkitan tetapi semuanya terbongkar apabila anaknya melihat ada benda yang bergerak di bahagian bulu matanya.
Wanita itu kemudiannya mendapatkan pemeriksaan dengan pakar mata kerana mata merah dan bengkak.
Selepas pemeriksaan dijalankan, Dr. Bao Guisheng menemui 20 kutu di bahagian bulu mata.
“Kutu itu semua berwarna putih. Pada mulanya saya sangkakan parasit tetapi apabila dilihat melalui mikroskop barulah kami melihat kutu,’’ katanya.
Mata Zhang kemudiannya disteril dan jururawat terpaksa menggunakan peralatan kecil untuk membuang semua kutu itu.
Meskipun kutu di bahagian mata amat jarang ditemui namun ia bukan kes terpencil.
Apapun mungkin faktor kebersihan memainkan peranan bagi mengelakkan jangkitan ini.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=jxSFsPWaHsA