Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kluster Tempat Kerja Dominasi...

KUALA LUMPUR - Sejak berbulan lamanya, kluster tempat kerja terus mendominasi jumlah kluster...

116 Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Banjir kilat yang berlaku di Baling mulai surut dengan kebanyakan...

Raja Bomoh Akan Didakwa...

IPOH - Individu bergelar Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh...

Ustaz Kazim Dikejarkan Ke...

BACHOK - Ribuan penduduk sekitar Bachok tidak sempat menyaksikan perkongsian ilmu apabila penceramah...

Emma Maembong Akui Jiwa Terkesan Lepas Putus Cinta Zizan

SETELAH hampir setengah tahun, pelakon Emma Maembong akhirnya mengakui perpisahan hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak pada Januari lalu memberi kesan mendalam pada dirinya.

Emma bersama Zizan dan ibu Zizan.
Emma bersama Zizan dan ibunya.

Malah kerana terlalu diselubungi dengan perasaan kecewa dan sedih, Emma mengambil masa lebih sebulan untuk memulihkan dirinya selepas tragedi itu.

Bagaimanapun, bintang berusia 23 tahun ini menyifatkan perkara tersebut adalah pengalaman dan kitaran hidup yang dilalui oleh ramai orang.

“Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot.

“Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup di mana sesuatu yang kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga satu hari nanti akan meninggalkan kita,” katanya kepada mStar Online.

Pada masa sama, Emma meluahkan ucapan terima kasih kepada pengarah Michael Ang yang banyak menawarkan peluang berlakon hingga membuatkan dia lupa akan perpisahan itu kerana kesibukan bekerja.


Pelakon Isteri Separuh Masa ini sekarang digosip sedang menjalinkan cinta bersama aktor Kamal Adli. Namun, sejauh mana perhubungan ini masih lagi menjadi tanda tanya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori