Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PDRM Pantau Semua Media...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau segala jenis media sosial...

Ketua Pembangkang Kelantan Diarah...

KOTA BHARU - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nozula Mat...

Anak Nora Danish Dah...

PELAKON Nora Danish yang sedang hangat dilamun cinta dengan Nedim Nazri mengakui anak...

AMK Minta Penjelasan Status...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung kontrak...

Empat Lelaki Ditahan Milik Lori Curi

KUANTAN – Polis menahan empat lelaki yang menaiki sebuah lori dipercayai dicuri dalam satu pemeriksaan di persimpangan Pelabuhan Jalan Kuantan- Kemaman, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan lori yang dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahannya.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Balai Polis Jeli, Kelantan.

“Kesemua suspek yang berusia 21 hingga 27 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Kuantan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.


Dalam kes berasingan, ACP Abdul Aziz berkata seorang lelaki berusia 22 ditahan setelah didapati menunggang motosikal curi jenis Yamaha 125Z dalam satu pemeriksaan di Beserah, di sini pada pukul 12.15 tengah malam semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan sebelum ini dilaporkan hilang di Balai Polis Chukai, Terengganu.

Katanya, suspek yang memiiki dua rekod jenayah lampau kini ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori