Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KWSP Bakal Lancar Dana...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka melancarkan dana patuh Syariah...

6 Kanak-kanak Disahkan Positif...

GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini mengesahkan enam kes positif...

Walau Dilabel ‘Kayu’, Fattah...

WALAUPUN lakonannya sentiasa dikritik sebagai 'kayu', namun aktor popular Fattah Amin ini tersenarai...

Bomba Selamat Wanita Obesiti...

HARLEM - Seorang wanita obes yang memerlukan rawatan diselamatkan dari apartmen dua tingkatnya...

Empat Rumah, Tadika Musnah Terbakar Di Kampung Sim Sim

SANDAKAN – Empat rumah dan sebuah tadika musnah dalam kebakaran di Jambatan 20, Kampung Buli Sim Sim dekat sini, hari ini.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata tiga jentera dan tiga kenderaan utiliti bersama 23 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2.14 Petang.

Katanya, dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk penduduk kampung, api dapat dikawal pada 2.58 petang daripada terus merebak ke rumah atas air yang masing-masing terletak bersebelahan.

Dengan bantuan penduduk kampung serta bekalan air dari laut, api dapat dikawal dengan cepat meskipun pihak bomba menghadapi kesukaran memadamkan api disebabkan angin bertiup kuat, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.


Menurutnya tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA

https://youtu.be/1RKDW7TyLYE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori