Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Artis Terkejut Ramai Anak...

MERIAH... Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) yang berlangsung sejak tahun 2015 memang amat...

Lelaki Pernah Dianggap Hodoh...

SEORANG lelaki dari China, Mei Aisi, 35, kini menjadi sensasi internet di negaranya...

Seludup Senjata, Kes Tembak...

KUALA LUMPUR - Isu penyeludupan senjata api, kes tembak dan kes penculikan yang...

Hillary ‘Tangkap’ Bill Clinton...

KETIKA semua mata tertumpu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump pada...

ESScom Siasat Kes Tembak Anggota Keselamatan Di Pulau Pom Pom

KOTA KINABALU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang menyiasat kes yang membabitkan pihak tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) di sebuah pos kawalan di perairan Pulau Pom Pom, Semporna pada Selasa lepas.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya masih belum mengenal pasti individu terbabit.

“Suspek terlebih dahulu melepaskan dua das tembakan ke arah pasukan keselamatan kita. Kita tidak mengetahui siapa dan apa niat mereka.

“Tetapi mungkin niat tidak baik. Kenapa mereka harus menembak pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, anggota di sebuah pos kawalan pada mulanya dilapor mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau itu dan apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, mereka mendengar dua das tembakan dilepaskan ke arah mereka.

Ia mendorong pihak PGA membalas tembakan yang membutkan pihak berkenaan melarikan diri dalam gelap.


Jarak bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata pihaknya juga menyiasat kejadian itu.

“Kita akan membuka kertas siasatan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori