Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Keputusan Grand Prix Kuala...

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan sesi latihan bebas perlumbaan jalanan Grand Prix Kuala...

Nik Michael Bakal Kahwin...

CHEF selebriti Nik Michael Imran mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis...

Kesilapan Buku Anggaran Perbelanjaan...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor kesal dengan kecuaian kerajaan negeri berkaitan...

Jurujual Diperdaya Pasangan Penganggur

KUANTAN – Polis menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai memperdaya seorang jurujual kononnya...

FAM Rujuk Jawatankuasa Isu Pemain Selangor

ISU kegagalan tiga pemain Selangor menyertai kem latihan skuad Pilihan Malaysia akan dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan sebaik menerima laporan penuh perkara itu.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, laporan itu dijangka diterima daripada jurulatih Dollah Salleh selepas berakhirnya perlawanan antara Pilihan Malaysia dan Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Hamidin mengesahkan ketiga-tiga pemain Selangor itu, Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Afiq Azmi dan Robert Cornthwaite gagal melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad lalu seperti yang telah ditetapkan.

“Sehingga pagi tadi (pagi ini), mereka masih belum melapor diri kerana difahamkan tidak dilepaskan pengurusan pasukan Selangor bagi menghadapi perlawanan menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hamidin, Dollah sudah memanggil tiga pemain baharu sebagai pengganti iaitu Christie Jayaseelan (Felda United), S. Kumaahran (Harimau Muda B) dan Vincent Bikana (Terengganu) bagi melengkapkan senarai 20 pemain untuk kem latihan kali ini.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebelum ini secara terbuka enggan melepaskan Afiq, Ahmad Hazwan dan Cornwaite menyertai pasukan Pilihan Malaysia kendalian Dollah atas alasan mahu menjaga prestasi bagi mengharungi jadual padat Liga Malaysia.

Malah pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari bersedia berdepan sebarang tindakan daripada FAM berhubung tindakan mereka itu.

Sebagai rekod, pada 2008 Selangor pernah dikenakan tindakan pemotongan tiga mata dan didenda RM20,000 oleh FAM berikutan empat pemain mereka meninggalkan klinik bola sepak Ian Rush.


Dollah yang ketika itu jurulatih ‘The Red Giants’ dikenakan denda RM10,000 selain empat pemain iaitu Mohd Safee Sali, Indra Putra Mahyuddin, Akmal Rizal Rakhli dan Amirul Hadi Zainal, masing-masing dikenakan denda RM1,000 setiap seorang.

Sementara itu, Amirudin berkata panggilan FAM untuk tiga pemain Selangor menyertai perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu bukan sesuatu yang boleh mengembalikan kegemilangan dan maruah bola sepak negara.

Malah, menurut beliau perlawanan persahabatan itu tiada kena mengena dengan ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) dan ia dikelolakan oleh sebuah syarikat penganjur dan FAM.

“Kami telah menghantar beberapa pemain Selangor menentang Totenham Hotspurs dan mendapati tiada sebarang manfaat kepada pembangunan bola sepak Malaysia
mengambil kira prestasi skuad Harimau Malaya ketika kelayakan Piala Dunia, Piala Asia dan Sukan Sea,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amirudin berkata skuad bola sepak Selangor akan terus memberi fokus kepada persiapan Liga Super dan tidak mahu menggugat sebarang persiapan serta memastikan semua pemain fokus dan cergas bagi menghasilkan permainan berkualiti.

Selangor di bawah bimbingan jurulatih Mehmet Durakovic kini berada di tangga kelima kedudukan Liga Super setakat ini dengan 24 mata di belakang Felda United (25), Perak (27), Johor Darul Ta’zim (31) dan pendahulu liga, Pahang (33). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori