KELANA JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menubuhkan satu badan khas bagi membuat penilaian terperinci berhubung prestasi semasa pasukan kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, badan itu akan mula beroperasi dalam masa terdekat iaitu selepas perayaan Aidilfitri, sebelum tindakan diambil termasuk mengenai kedudukan jurulatih kebangsaan.
“Badan khas itu akan meneliti perkara berkenaan secara terperinci dalam masa terdekat. “Selepas raya, pasukan ini akan mengadakan perjumpaan dan memperincikan perkara yang perlu diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat EXCO FAM di sini, sebentar tadi. – BH Online
https://www.youtube.com/watch?v=N7qJdqAIRSE