Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Boleh Solat Tanpa Wuduk,...

PETUGAS barisan hadapan yang terpaksa memakai perlindungan diri (PPE) sepanjang masa ketika bertugas...

“Cenderahati Diraja Pun Kau...

KEHILANGAN 11 cenderahati diraja di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang yang menjadi...

Seorang Lelaki Tahanan Sosma...

SHAH ALAM - Seorang lelaki berumur 38 tahun yang ditahan mengikut Akta Kesalahan...

Maybank Nafi Kenakan Caj...

SEJAK semua pemegang kad bank perlu menukar kad mereka sebelum 31 Disember 2016...

Fama Berjaya Bantu Pasarkan Produk Petani Luar Bandar

PAPAR – Strategi pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk membantu memasarkan produk petani Bumiputera luar bandar sudah mencapai matlamatnya di Sabah, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah itu berkata strategi pemasaran Fama melalui pewujudan Pasar Tani di lokasi-lokasi strategik telah membolehkan produk dan hasil pertanian setempat dipasarkan terus kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah.

“Fama diwujudkan untuk mempromosi produk Bumiputera khususnya di luar bandar. Dengan bantuan input dan pemasaran, saya rasa Fama sudah mencapai matlamatnya bukan sahaja di Semenanjung tetapi kejayaan itu juga sudah ketara di Sabah,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Jualan Khas Pasar Tani Pra Syawal di Papar, anjuran Fama di sini hari ini. Hadir sama Pengarah Fama Negeri Sabah Ribin Wahid.

Katanya pendekatan pemasaran produk pertanian setempat melalui Pasar Tani merupakan perkara baharu di Sabah berbanding di Semenanjung dan petani di negeri ini walaupun baru terdedah dengan pendekatan itu, telah menunjukkan minat dan memberi sambutan baik.

Abdul Rahim berkata petani luar bandar di Sabah sememangnya masih memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek daripada agensi seperti Fama terutama dari segi kemahiran memasarkan keluaran pertanian termasuk mengenal pasti kumpulan sasar.


“Bagaimanapun dalam konteks (Pasar Tani), Fama ‘must create the market’ (mesti mencipta pasaran). Inilah kelebihan Fama. Fama turut memberi galakan kepada petani mengusahakan tanah-tanah terbiar atau sawah terbiar,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rahim meminta masyarakat agar memanfaatkan sepenuhnya Pasar Tani berkenaan dengan membeli barangan keperluan harian mereka di sana kerana harganya bukan sahaja berpatutan dan lebih murah malah lebih berkualiti dan segar.

Program jualan khas yang bertujuan menawarkan bahan keperluan harian kepada masyarakat untuk menghadapi Syawal disertai 122 petani dan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Selain Papar, turut mengadakan jualan khas hari ini dan esok ialah Bazar Ramadan Fama Asia City Kota Kinabalu, Pasar Tani Pra Syawal Putera Jaya, Telipok, Pasar Tani Pra Syawal Putatan dan Pasar Tani Pra Syawal Tawau. – BERMAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori