PENAMPILAN pelakon Gol & Gincu, Nur Fazura mengenakan imej berselendang yang menutupi sebahagian kepalanya sejak kebelakangan ini mengundang tanda tanya dan sokongan peminat.
Bintang yang pernah muncul dalam rancangan realiti Facing Up to Fazura ini bukan hanya tampil sopan berselendang ketika menghadiri majlis tertentu malah turut menutup kepala ketika bersama rakan-rakannya.
Bercakap kepada Murai, Fazura memberitahu mengenakan seledang kerana menghormati bulan Ramadhan.
“Setakat ini, saya berselendang hanya untuk menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, selebihnya saya berserah di masa akan datang.
“Saya tidak berani untuk menjanjikan apa-apa tetapi saya harap doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya yang mengharap doa para peminat.
Dalam perkembangan lain, Fazura yang memiliki Butik House Of Doll kini sibuk mempromosikan koleksi baju rayanya iaitu Fazbulous Raya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE