Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Isteri Disahkan Hamil, ‘Lan...

TAHNIAH kami di Mynewshub ucapkan kepada pelakon yang terkenal menerusi watak Lan Todak,...

Jangan Kritik Kewibawaan Calon...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar tindakan seorang pemimpin...

RM13 Billion Telah Diperuntuk...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM13 bilion dari tahun 2012 hingga...

Jual DVD Cetak Rompak,...

KUALA LUMPUR - Gara- gara menjual pelbagai cakera padat digital (DVD) permainan video...

Fikirkan, Apa Jadi Kalau Azwan Ali Adalah Adik Najib Razak?

AZWAN Ali, sekali sebut pasti seantero Malaysia terus teringatkan rangkaian kontroversi yang ditimbulkan bekas pengacara program sensasi Melodi dan Chit Chat Azwan itu.

Sebelum ini, keceluparan mulut Azwan merupakan punca kepada siri pergaduhannya dengan ramai rakan artis termasuk Ifa Raziah, Didie Alias, Jaafar Onn, Adibah Nor, Sharnaaz Ahmad dan beberapa nama lain.

Malah kalau ada yang masih ingat, beberapa tahun lalu, Azwan turut bersengketa teruk dengan adik kandungnya sendiri Ummi Hafilda Ali hinggakan kes tersebut melibatkan polis.

Mana taknya, Azwan telah memuat naik status berbentuk ugutan jenayah terhadap Ummi sebelum wanita itu bertindak membuat laporan.

azwanaliditangkap2

TERDAHULU: Sikap Azwan Ali Bukan Sikap Muslim Berpuasa – Mufti Perak

Bukan itu sahaja, banyak mata turut jelak dengan figura asal lelaki berusia 49 tahun itu kerana penampilannya yang sarat dengan perhiasan di batang leher dan pergelangan tangan, memakai pengilat bibir, celak, berbedak, shades gelap, tas tangan dan menyarungkan pakaian ketat.

Bermacam gelaran diberikan kepadanya; pondan, bapok dan sebagainya namun ia langsung tak meninggalkan kudis kepada Azwan daripada terus menimbulkan kekecohan dalam industri hiburan tanah air.

Kesian betul dengan figura bernama Azwan Ali ini…

Namun demikian, tak ramai yang tahu, Azwan yang turut melabel dirinya sebagai Diva AA merupakan adik kandung kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

azwan_azmin azwan-ali-dan-azmin-ali-menteri-besar-mb-selangor

Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa media alternatif terutamanya yang menjadi lidah rasmi kepada puak pembangkang, jarang atau mungkin tak pernah memainkan fakta tersebut dalam penulisan mereka?

Pernah anda terbaca satu perenggan ayat yang tercatit, “Azmin Ali yang juga merupakan abang kandung kepada diva AA, Azwan Ali..”? Sudah tentulah tak, kan.

Pihak-pihak berkenaan seolah-olah mahu menutup terus sisi negatif yang boleh memburukkan Azmin selaku pemimpin tertinggi negeri mahupun dalam PKR sendiri, hingga langsung tidak mengaitkan Azwan mahupun Ummi dalam dunia politik abang mereka itu.

Yelah, kalau diikutkan, Ummi juga memiliki banyak isu, antaranya lantang mengkritik Azmin agar kembali bertaubat dan tidak bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta banyak terlibat dengan ceramah bersama UMNO satu ketika dahulu.

ne_02.1


Ironinya, situasi sama tidak dibuat apabila isu membabitkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh portal-portal pro pembangkang.

Lihat sahaja bagaimana mereka cuba memporak-perandakan hubungan kekeluargaan Najib serta adik-beradiknya dengan mengaitkan cerita yang tak tahu hujung pangkalnya iaitu tentang harta Allahyarham Tun Abdul Razak ketika beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kedua dulu.

Selain itu, mereka turut ‘mencucuk’ hubungan PM serta adiknya, Datuk Seri Nazir Razak apabila membuat laporan kononnya Pengerusi CIMB Group itu ingin menubuhkan parti baru untuk menentang abangnya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) akibat kecewa dengan skandal politik dan ekonomi termasuk BR1M, 1MDB serta GST.

Bukan itu sahaja, portal-portal tersebut turut membuat cerita tentang anak tiri Najib, iaitu Riza Aziz dalam konflik 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam beberapa penulisan yang disiarkan, mereka mengaitkan dana yang digunakan Riza untuk menerbitkan filem popular lakonan Leonardo De Caprio iaitu The Wolf of Wall Street disuntik dari wang 1MDB. Namun sehingga kini, ia hanya satu dakwaan tanpa satu hama buktipun.

26

Dari pandangan mata kasar, sudah tentulah situasi tersebut dilihat tidak adil dan bias terhadap Najib kerana puak-puak berkenaan cuba menarik keluarga beliau dalam kemelut politik dan kepimpinannya.

Satu persoalan yang paling utama di sini, seandainya Azwan Ali adalah adik kepada Najib, adakah dia tetap dilenyapkan dari radar media politik ataupun dicanang habis-habisan bagi memberi konotasi negatif kepada Najib selaku darah dagingnya? Kalau mengikut permainan pihak pembangkang, pastinya yang kedua menjadi pilihan.

Apa yang dapat disimpulkan, senario tersebut memperlihatkan kualiti laporan murah yang dibuat oleh lidah rasmi pembangkang kerana memilih fakta, informasi dan sensasi bagi menjerat pembaca.

Lebih keji lagi, mereka menjadikan medium bacaan sebagai satu cara untuk membentuk pemikiran yng menjurus ke arah menyokong pembangkang, namun menggunakan taktik kotor.

Tapi paling malang, bagaimana sekalipun mereka cuba mnyembunyikan sikap lancang tak bertempat Azwan Ali, Azmin tetap dilanda kontroversi peribadi.

Azmin kini mula dilihat sebagai MB yang gagal mengangkat Selangor ke tahap yang pernah dibawa Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini. Sudah menjawat jawatannya lebih kurang 10 bulan, Azmin banyak dikritik kerana masih gagal menyelesaikan masalah air, kontroversi pembatalan Lebuh Raya Kidex dan banyak lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Kenyataan Ummi Hafilda & Azwan Ali

 Kontroversi Temu Bual Azwan Ali Penuh Cacian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori