Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyokong Anwar Reformis 1998...

KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi...

SPRM Cari Lans Koperal...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang anggota polis...

Pintu Kereta Diumpil, Peniaga...

TELUK INTAN - Seorang peniaga kerugian RM40,000 apabila pintu kenderaan miliknya diumpil pencuri yang kemudian melarikan...

Rumahtangga Bergolak Sudah 3...

PENYANYI Ezlynn mengakui bahawa rumahtangganya sudah retak menanti belah sejak tiga tahun lalu...

Fitnah WSJ: TPM Sambut Baik Penafian Najib

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri menyambut baik penafian Perdana Menteri terhadap tuduhan kononnya menerima sejumlah wang yang dikatakan ada hubungan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Malah Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau yakin pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci, telus dan bebas terhadap tuduhan fitnah pihak tertentu ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak demi mencari kebenaran.

Beliau berkata SPRM, BNM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara perlu segera menyiasat laporan tidak berasas akhbar Wall Street Journal mengenai dakwaan kononnya ada beberapa akaun peribadi milik Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan petang Sabtu, Muhyiddin berkata tuduhan jahat itu amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri serta Ketua Kerajaan.

Beliau bahkan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri sendiri yang telah segera menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau sebagai satu usaha sabotaj politik.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN :

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Najib.


Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.

Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Dato’ Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian. Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Dato’ Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau.

Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t akan memberikan kita segala tawfiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

4 Julai 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori