MUNGKIN ramai yang tidak menyedari jenis tulisan atau font yang dijadikan logo laman media sosial nombor satu dunia, Facebook baru saja diubah pada 1 Julai yang lalu.
Logo baru ini menukar muka font Klavika yang telah digunakan sejak 2005 dengan muka penulisan yang direka khas.
Perbezaannya adalah ia lebih bulat dan dikatakan lebih mudah untuk dibaca pada skrin peranti mudah alih.
Tahun lalu Facebook mengumumkan hampir 70 peratus kutipan pengiklanan mereka diterima melalui penggunaan aplikasi.
Lebih daripada satu pertiga pengguna pula mengakui, hanya melayari Facebook menerusi aplikasi dan bukan lagi komputer desktop.
Tahun demi tahun, jumlah pengguna aplikasi semakin meningkat dan penggunaan muka taip lebih mesra skrin peranti mudah alih ini menunjukkan perbezaan trend penungguan sejak sedekad yang lalu.
Apakah pendapat anda mengenai logo terbaharu Facebook ini, adakah anda menyukai perubahan yang dilakukan?
Harus kami akui sebenarnya sekilas pandang kami langsung tidak menyedari perubahan dilakukan sehinggalah perkara tersebut diumumkan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: underconsideration
Oleh: hzq
https://www.youtube.com/watch?v=M2Gxfbp5nL4