Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Model Saman Pendandan Rambut,...

SEORANG model telah menyaman pendandan rambut sebanyak RM20 juta kerana didakwa cuai dan...

Rohingya: Cadangan Penting Dikemuka...

PUTRAJAYA - Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik...

Kes Rasuah: Pegawai Kanan...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negeri...

Tengku Abdullah Dipilih Ahli...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah...

Gambar Dan Info Samsung Galaxy Note 5 Tertiris

SAMSUNG Galaxy Note 5 sememangnya merupakan peranti Android yang dinantikan ramai pengguna di seluruh dunia.

Memandangkan ia merupakan antara peranti flagship daripada Samsung, maka telah tertiris beberapa paparan gambar peranti tersebut yang nampaknya memperlihatkan rekaan kasar yang mungkin dibawakan oleh Samsung Galaxy Note 5 kelak.

Menurut maklumat daripada portal Pocketnow dan AMANZ, Galaxy Note 5 dikatakan akan membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti Galaxy S6, dimana berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan belakang, serta bingkai berasaskan logam.

note1

note2


Daripada rekaan gambaran yang hadir, ia menunjukkan rekaan kaca 2.5D pada bahagian belakang – berkemungkinan untuk menjadikan ia lebih selesa untuk dipegang, selain pada masa yang sama turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari melalui butang Home.

Fungsi lain seperti S-Pen, port pengecasan dan sebagainya turut disertakan dan mengikut beberapa info ia dikatakan akan hadir dengan kemudahan untuk mengeluarkan S-Pen, sekaligus memudahkan pengguna tidak lagi perlu bersusah menggunakan kuku untuk keluarkan S-Pen.

Samsung masih berdiam berkaitan dengan Galaxy Note 5 buat masa ini, tetapi mengikut pelbagai desas-desus, ia dijangka hadir pada pertengahan Ogos kelak dengan menggunakan cip Exynos 7422 serta memori 4GB RAM. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Pocketnow

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori