Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

11street ‘Do Good Deals...

KUALA LUMPUR - 11street merupakan antara rangkaian elektronik mall (e-mall) yang paling mendapat...

Najib Sertai Hari Keluarga...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai Hari...

Pelaku Keganasan Perlu Diambil...

KUALA LUMPUR - Football Malaysia Liability Limited Partnership (FMLLP) memandang serius dan mengutuk...

Penduduk Orang Asli Pos...

GUA MUSANG - Lebih 500 penduduk Orang Asli di Pos Balar terputus hubungan...

GAMBAR: Isteri Keempat Salih Yaacob Selamat Bersalin

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, 54 yang telah selamat menimang cahaya mata ke-13 semalam hasil perkongsian hidup bersama isteri keempat, Samihah Syeikh Ali atau mesra disapa Emi.

Perkhabaran gembira ini disampaikan oleh Salih Yaacob menerusi radio Sinar Fm.

Difahamkan, bayi perempuan yang merupakan anak pertama buat Emi ini dilahirkan menggunakan kaedah Caesarean Section di sebuah hospital di ibu kota.

Dalam pada itu, Salih turut meluahkan rasa syukur dengan kedatangan orang baru dalam keluarga besarnya.

Salih-Yaacob-Selamat-Timang-Anak-Ke-13-ROTIKAYA_in

Menurut Salih, dia dan isteri masih belum memutuskan nama yang ingin diberikan kepada cahaya mata mereka namun berkira-kira ingin memberi nama Ellis Daina binti Mohd Salih.


Salih melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi pada tahun 2011.

Tiga isterinya sebelum itu ialah Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, dan Norfara Wahida Sulaiman, 36.

34-Sharnaaz-Ada-Hak-Komen-Saya-Shah-Iskandar-ROTIKAYA

Bagi yang tidak tahu, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang baru dilahirkan tiga minggu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori