SERAMAI 300 orang lelaki dan wanita yang berusia dalam linkungan 70 tahun telah mengambil bahagian dalam pertandingan pakaian mandi di Tianjin, China.
Penyertaan pertandingan tersebut telah dikhususkan untuk warga emas sahaja dengan tujuan mempromosikan cara hidup yang positif dan sihat.
Menurut laporan media tempatan, kesemua peserta yang bertanding secara purata berumur 60 tahun ke atas dan peserta paling tua dikatakan berusia 78 tahun.
Orang ramai berpusu-pusu mengelilingi pentas peragaan terbabit yang rata-ratanya adalah anak-anak serta cucu dan cicit peserta itu sendiri.
Penonton yang hadir juga tidak sangka mereka yang memperagakan baju mandian itu adalah warga emas kerana potongan badan mereka yang sama seperti orang muda.
Memang hebatlah mentaliti masyarakat di sana, sangat menggalakkan semangat serta menaikkan keyakinan diri orang-orang tua yang selalunya merasakan diri mereka terpinggir apabila bersama komuniti. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Oleh: Syfq Akhir