DALAM banyak-banyak gambar yang dimuat naik para selebriti ketika beraya, gambar yang dikongsi oleh penyanyi No.1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza sewaktu membuat kunjungan mesra untuk beraya di rumah bekas isteri suaminya, Tengku Zawiyah Tengku Izham menerusi laman Instagramnya paling mencuri tumpuan ramai.
Bukan apa, seronok bercampur gembira melihat kemesraaan hubungan silaturrahim yang dibina ini.
Untuk pengetahuan, Siti Nurhaliza tidak pergi beraya berseorangan kerana ditemani oleh suami termasuk kesemua anak-anak Dato’ K serta pelakon jelita Izara Aishah.
Menerusi kapsyennya, Siti Nurhaliza turut menzahirkan rasa terima kasih atas layanan yang diberikan.
“Alhamdulilah bergambar kenangan selepas beraya bersama… Thank you so much kak @teezac dan @rayyanjk for the lovely dinner. Selalu Siti datang tak lupa buatkan roti keca,” tulisnya.
Difahamkan, ini bukanlah kali pertama Siti Nurhaliza dan Tengku Zawiyah bergambar bersama-sama kerana sebelum ini mereka pernah merakam gambar ketika berlangsungnya majlis perkahwinan anak sulung Dato’ K dan Tengku Zawiyah.
Diharapkan, moga hubungan ukhwah yang terjalin ini terus dikekalkan dan diberkati oleh Allah SWT.
– MYNEWHSUB.CC
Oleh: CARRIE