Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Usaha Basmi Malaria Semakin...

MAPUTO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan usaha untuk memerangi wabak malaria di...

KL2017: Skuad Recurve Wanita...

KUALA LUMPUR - Skuad recurve wanita negara mendedikasikan pingat emas Sukan SEA yang...

Syamsul Debat Ada Aura...

SEREMBAN - Nama mukim Sikamat sudah mula dikenali di seluruh negara berikutan penceramah...

Najib Komen Kompaun RM10,000...

NAJIB KOMEN KOMPOUN RM10K TERHADAP ORANG RAMAI

Gambar: 3 Individu Takluk Bangunan Pencakar Langit

SEMEMANGNYA aktiviti selfie di atas bangunan pencakar langit kini menjadi trend kepada anak muda yang berani serta sukakan cabaran lasak.

Nampak gayanya, tiga orang individu ini juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menakluki beberapa bangunan tinggi di negara China.

selfie-tower2

selfie-tower3

Menurut media tempatan, dua daripada mereka merupakan pengembara warganegara Rusia manakala seorang lagi adalah jurugambar terkenal Hong Kong yang dikenali sebagai Dennis Liu.

Tiga individu berani mati itu telah memanjat bangunan-bangunan tinggi di Shanghai, Shengzen, Hong Kong dan Nanjing tanpa sebarang alat keselamatan yang lengkap.

selfie-tower6

selfie-tower5


Antara bangunan yang dipanjat mereka adalah Menara Zifeng di Nanjing dan Pusat Kewangan Shanghai. Seorang kakitangan bangunan memberitahu pihak media bahawa dia tidak tahu bagaimana mereka boleh menceroboh masuk ke situ.

Walau bagaimanapun, dia percaya mereka bukanlah orang pertama yang bertindak sedemikian. Tahun lepas, dua orang yang juga dari Rusia telah menghangatkan dada akhbar media tempatan dengan aksi ngeri mereka seperti ini.

Apa yang peliknya, mereka ini langsung tiada rasa takut atau gayat ke? Tengok menerusi gambar yang ditangkap sahaja sudah mengundang pucat di wajah! – MYNEWSHUB.CC

selfie-tower8

selfie-tower7

selfie-tower4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori