Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sindiket Seludup Syabu Ke...

KLANG - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah jenis syabu ke Indonesia dengan...

PRK Sungai Bakap: Ada...

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi,...

Bocey Muncul Juara Maharaja...

ALOR SETAR - Sebagaimana diramal pelbagai pihak, kumpulan Bocey mengulangi kejayaan tahun lalu...

Pengusaha Vape Dakwa Diugut...

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama...

Gangguan Air Berjadual Di Lembah Klang 28, 29 Julai

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan air berjadual berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air pada pukul 9 malam (28 Julai) hingga 5 pagi (29 Julai).

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan air itu berlaku berikutan kerja pemasangan Injap Kupu-kupu 450mm di Jalan Raja Nong, Wilayah Klang dan di Bulatan Mestika Seksyen 6, Shah Alam.

“Antara kawasan yang terlibat (gangguan air) di Wilayah Klang adalah Specialist Medical Centre, Jalan Raja Nong 1, Jalan Raja Nong 2, Jalan Sungai Jati dan Taman Sentosa.

“Di Shah Alam pula, kawasan yang terlibat ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Putramas Seksyen 7, Jalan 7/1 hingga Jalan 7/11, Seksyen 3 dan Seksyen 7,” menurut kenyataan itu.


Syabas meminta pengguna membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan itu. – BERNAMA

244 Kawasan Di Hulu Langat Dan KL Alami Gangguan Air

  • Lagi berita berkaitan:
  • air

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori