Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Perunding Kewangan Didakwa Guna...

KUALA LUMPUR - Seorang perunding kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang...

Hukuman Penjara Bekas Pembantu...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menambah hukuman penjara daripada 18 bulan...

Pastikan Rumah Bebas Aedes...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang kembali ke rumah selepas menyambut Hari Deepavali...

UMNO Johor Nafi Tawar...

JOHOR BAHRU : UMNO Johor menafikan ada membuat tawaran kerusi Dewan Undangan Negeri...

GHB Ambil Alih Parti Kita, Alternatif Kepada PAS

GEORGETOWN – Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata pengambilalihan parti itu akan dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan tidak lama lagi.

“Selepas EGM itu kami akan memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan, ia sama seperti penggabungan PKR dan Parti Rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan dua Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini hari ini.

Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata usaha untuk menubuhkan pakatan baharu akan lebih mudah selepas proses pengambilalihan parti itu selesai.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan semula dua anggota Majlis, Mhd Nasir Yahya (MBPP) dan Dahalan Fazli (MPSP) berkuat kuasa 1 Ogos ini.


Chow berkata pelantikan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 29 Julai lepas meluluskan untuk melantik semula dua anggota Majlis daripada PAS itu.

Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai Anggota Majlis berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP. – BERNAMA

https://youtu.be/2yD_eknOoto

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori