Bangkok – Seorang lelaki Malaysia dan dua wanita Thailand ditahan kerana dipercayai menjerat wanita menjadi pelacur di luar negara melalui laman Facebook.
Jurucakap Jabatan Siasatan Khas Polis, Komvich Padhanarath berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa tiga suspek itu merekrut wanita di Facebook dan memaksa mereka menjadi pelacur di Kuala Lumpur.
Katanya, Kheng Hsiang Low dan dua wanita berkenaan ditahan di tiga lokasi berbeza di Thailand pada minggu lalu.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āSeorang lagi suspek warga Malaysia masih bebas,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya.
Komvich memberitahu, Hsiang Low meyakinkan wanita terbabit mereka akan bekerja di restoran, spa dan pusat karaoke di Malaysia.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āApabila tiba di negara itu, mereka dipaksa melacur,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ jelasnya. – Agensi/myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=V27VHdA5cGs